love

love

Khamis, 24 Disember 2009

RUMAH BUMBUNG PANJANG PERLIS



Di perlis terdapat rumah tradisional melayu yang dikenali rumah panjang yang berusi lebih 70 tahun. Rumah jenis ini semakin pupus.

Rumah bumbung panjang ini mengandungi banyak tiang, adakalanya berjumlah 24 batang tiang pada rumah ibunya. Bentuk rumahnya memanjang, bumbung panjang lurus mendatar, dihadapannya dipasang tebar layar yang berbentuk V terbalik.

Tebar layar merupakan sebahagian daripada tutup dinding bumbungnya yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai.Rumah panjang perlis diperbuat daripada kayu cengal dan damar laut, dindingnya daripada kelarai, atapnya daripada rumbia atau nipah dan adakalanya menggunakan genting senggora.

Komponen bagunan rumah berkenaan terdiri dari rumah ibu dan rumah dapur.Rumah ibu mengandungi ruang yang disebut ruang leper (serambi), bilik, ruang tengah dan ruang tamu. Rumah dapur terdiri daripada sebuah yang tidak tersekat tetapi telah di pisahkan oleh ruang yang dipanggil ruang selang.




Tiada ulasan: