love

love

Rabu, 3 Ogos 2011

Selasa, 2 Ogos 2011

KEMURUNGAN

kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Individu murung didapati mengalami perubahan dalam kimia otak. Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan. Selain persekitaran, faktor keturunan juga memainkan peranan didalam menyebabkan penyakit ini. Walaubagaimanapun tidak semua individu begini akan mengalami kemurungan. Kemurungan juga boleh dialami individu yang tidak ada sejarah keluarga.

Sindrom kemurungan adalah penyakit 'seluruh jasad', melibatkan kesihatan badan anda, perasaan dan fikiran. Ia juga menjejaskan tabiat makan dan tidur, fungsi seharian dan proses berfikir anda.
Simtom Kemurungan :

Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan
Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa
Perasaan bersalah dan tidak berguna
Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
Hilang selera makan dan penurunan berat badan
"Rasa lebih baik mati", kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri
Rasa tidak tenteram dan mudah marah
Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghazaman

Individu yang mengalami kemurungan yang teruk akan mengalami gangguan baik di tempat kerja maupun di rumah atau kehidupan bermasyarakat.

Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif. Rawatan ini termasuklah penggunaan ubat antidepressant, terapi elektrokonvulsif (ECT) atau kaedah psikoterapi berupa terapi kognitif.
BANTULAH DIRI ANDA DENGAN :

- Bertimbang rasa terhadap diri anda - jangan bercita-cita melakukan sesuatu yang tidak mampu.
- Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa.
- Elakkan diri membuat keputusan besar ketika masih dalam kemurungan.
- Jangan menyalahkan diri anda keran lemah - kemurungan adalah satu penyakit yang boleh dirawat dan bukan satu kelemahan.
- Bina harapan - episod kemurungan bukan kekal dengan rawatan yang sesuai hampir semua orang akan sembuh.

Rakan dan keluarga boleh membantu dengan mempastikan individu yang mengalami kemurungan mendapat pertolongan dan rawatan yang sesuai. Perkara kedua yang penting sekali ialah memberi sokongan emosi, kasih sayang, kesabaran, galakan dan kefahaman. Mereka tidak boleh dianggap sebagai mengada-adakan sakit atau pemalas dan mereka tidak boleh diharapkan untuk sembuh dengan segera - penyakit kemurungan memerlukan masa dan kesabaran baik pada pesakit maupun pada anggota keluarga.

p/s...