Resepi ni tak ler lame sangat ni resepi masa hari raya korban ari tu…ngan kebetulan dapat daging…otak pun mula berkira2 juadah yang sesuai tuk dihasilkan…hehhe
BERGEDIL DAGING
Bahan-bahan:
Daging ( ikot ler berape banyak nak ok…bergantung kepada pemakan yang menunggu resepi ini)
Kentang (ikot suke gak ni…haha)
Bawang besar (cincang halus)
Bawang putih (cincang halus)
Cili merah (cincang halus)
Cili api (cincang halus)
Garam
Telur
Serbuk perasa(kalu nak guna)
Lada hitam
Cara-cara pembuatannya:
Daging di kisar supaya mudah dibentuk….tau kan….dah tu ..Rebus kentang sampai empuk…masa rebus jangan buang kulit kentang tersebut..setelah empuk sejukan n buang kulit…lenyek2kan k..
Pastu masukan semua daging , kentang, bahan2 cincang td n semua bahan perasa nak pedas tambah ler cili lebih…gaul hingga sebati…kalu berderai gak…masukan sebiji telur…bagi mudah dbentuk…
Setelah selesai membentuk…..pukul telur ikot suke….(cr kurangkan stress..hahah) then celup ler n goreng ngan api yang sedang2 beso….kang takut telur hangus…dalam tak masak yek….
P/s – Nyummm nyumm sedap tau….sehingga menjilat jari…Ala masak ni tak yah sukat beriya sgt..agak2 jer….pastu daging leh ditukar dengan ikan sardine dlm tin tu…kuah dia jgn amik..kentang leh tukar kepada biskut marie…pun sdp hancur kan biskut tu…selamat mencuba…heheh
Hello!
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan