love

love
Memaparkan catatan dengan label art works. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label art works. Papar semua catatan

Isnin, 31 Oktober 2011

Batik


batik?? mencanting?? apa?? apa bahan dan peralatan??

Sabtu, 2 Oktober 2010

Rumah Bumbung Panjang Melaka (Malacca Long Roofed House)






Di Melaka rumah tradisionalnya dikenali dengan panggilan rumah Melayu Melaka. Ianya masih terdapat di seluruh Melaka hingga kini. Rumah ini terkenal dengan tangga batunya yang disalut dengan jubin beraneka warna yang di import dari China dan India. Rumahnya yang asli menggunakan 12 atau 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Komponen bangunanya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur.

Pembahgian ruangnya pula terdiri dari ruang serambi di hadapan, ada kalanya ditambah dengan ruang anjung yang bertangga. Di ruang tengah terdapat sebuah bilik dan diantara rumah ibu dan rumah dapur terdapat satu ruang dipanggil selang.

Terdapat diruang tengah sebuah ruang diantara bumbung dengan atas bilik dipanggil peran atau loteng kegunaan ruang tersebut selain daripada sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabila terdapat majlis perkahwinan juga sebagai tempat simpanan barang-barang. Rumah ini biasanya dibina dari kayu Cengal, Meranti dan Damar laut.

p/s melaka....rindu nak bercuti g melaka lg...huhuhu ronda2

Isnin, 7 Jun 2010

cuti pertengahan tahun


assalammualaikum...
apa khabar semuanya??.hehehe...tak de per pun nak cerita..hehe just nak ucap selamat bercuti kepada semua pendidik dan anak didik yg di Malaysia...patutnya dah wish awal tapi akhir2 ni malas nak tulis pape...walaupun byak aktiviti yang berlaku dsekeliling...musim cuti ni adalah musim kenduri kawen..huhuh...selamat pengantin baru dan selamat bercuti semua.... jaga diri...jaga juga kesihatan ok...daa

p/s- perjalanan ke ipoh berjalan lancar..hehe sedap tdo dalam kereta ria..haha

Rabu, 12 Mei 2010

latihan : Adat



Hari ini hendak berkongsi latihan sivik....so kalu tak de keje atau bosan2 leh ler jawab semua soalan di atas...nak jawapan siapkan dulu latihan k...selamat mencuba...

Tingkatkan pengetahuan am ok...salam satu Malaysia

p/s- jangan meniru tau..hehe

Ahad, 2 Mei 2010

pernah

pernahkah kamu merasakan,
bahawa kamu mencintai seseorang,
meskipun kamu tahu dia sudah berpunya dan
meskipun kamu tahu cintamu mungkin tak terbalas,
tapi kamu tetap mencintainya

pernahkah kamu merasakan,
bahawa kamu sanggup melakukan apa saja demi
seseorang yang kamu cintai,
meskipun kamu tahu dia tak kan pernah peduli ataupun
dia peduli dan mengerti, tapi dia tetap pergi

pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta,
tersenyum kala terluka, menagis kala bahagia,
bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah..

aku pernah ...
aku pernah tersenyum meskipun aku terluka,
kerana aku yakin tuhan tidak menjadikannya untukku

aku pernah menagis kala bahagia,
kerana aku takut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja..

aku pernah bersedih kala bersamanya,
karana aku takut akan kehilangannya di suatu saat nanti....
dan...

aku juga pernah tertawa saat berpisah denganya..
kerana sekali lagi...
cinta tak harus memiliki...
dan tuhan pasti telah menyediakan cinta untuk ku

aku tetap mencintainya
meskipun tidak dalam rangkulanku..
kerana cinta memang dalam jiwa
bukan ada dalam raga....

p/s- ...kau masih tidak dapat kulupakan...

Jumaat, 30 April 2010

RUMAH BUMBUNG PANJANG NEGERI SEMBILAN







Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan sedikit sebanyak menyerupai bentuk rumah adat yang terdapat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya sedikit melengkung di sebelah hujungnya. Muka tabir layarnya kelihatan tirus dan tinggi. Komponen bangunanya terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Rumah ibu mengandungi ruang serambi dan anjung. Rumah tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan sebuah bilis.

Terdapat rumah-rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau loteng. Ruang tersebut ádalah merupakan tempat tidur anak-anak gadis dan juga tempat simpan barang-barang.

Isnin, 29 Mac 2010

Rumah Bumbung Panjang Negeri Selangor









Di beberapa buah kampung di Selangor masih terdapat rumah tradisional melayu yang berusia lebih 60 tahun. Rumah jenis ini mempunyai kaitan dengan rumah-rumah tradisional Melayu di Melaka dan Negeri Sembilan kerana pertalian sejarah.

Rumah tradisional melayu selangor yang asli mempunyai 3 komponen iaitu rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur. Rumah ibu mempunyai ruang serambi berandah, anjung dan bilik. Rumah tengah terdiri ruang rumah tangga, bilik dan ruang tengah (laluan) yang bersambung antara rumah ibu dan dapur. Rumah dapur di sebelah belakang merupakan tempat memasak

Rumah jenis ini juga dikenali sebagai Rumah Bumbung Panjang kerana bumbungnya menggunakan sebuah perabung panjang lurus mendatar dan pada tepi dinding yang tegak dipasang dinding tabir layar yang berlapis dua .

Rumah tradisional melayu selangor mempunyai rumah ibu terdiri 12 batang tiang utama iaitu 6 tiang dan 6 tiang serambi sama naik. Kayu-kayu yang digunakan ialah Cengal, Giam, Damar laut, Meranti, Kapur, Kempas manakala atapnya dari Rumbia dan Nipah.

Rabu, 30 Disember 2009

Street Photorgaphy








Lokasi : Pekan Kuala Kubu Bahru & Stesyen bas Klang, Selangor Darul Ehsan..

P/s- ermmmm.....

Selasa, 29 Disember 2009

Art Photo Techniques (work masa study foto UPSI)

SUN SET

DILANTAI LAUT...berlabuhnya mentari jingga mengingatkan rinduku pada semalam

NITE PHOTO

KEPADAMU KEKASIH...kurindu sentuhanmu, ku dambar sentuhanmu terus menanti sentuhan listrikmu.

LOW ANGLE

HUTAN KEHIDUPAN....berpaut diranting lesu mengharap lambaian dipuncak kejayaan sebelum dikunyah kehancuran.

LOW ANGLE

RANJAU KEHIDUPAN...berani menuju kearah yang satu dari hidupan yang lara

SIMILAR SHAPE

TIANG MAUFAKAT...tersenyum-senyum menadah rezeki ilahi.

SLOW MODE

SETELAH TITISAN HUJAN..ku ditinggalkan hanya menggenggam bara berpeluk duka terus memburu sepi.

SILHOUTTE

TETAMU SENJA....datang dengan tangan kosong, kembali dengan dosa dan pahala.

SUN & SHADE

KESEDARAN...bersimbahan cahaya membuatkan aku sedar kebesaran yang Esa

PLAY WITH LIGHT

SINAR NEON...mengimbas bait-bait menghidupkan kegelapan malam.

PORTRAIT OLD FOLKS

BONDA...keramat kasih yang menjadi penjara jiwa yang merindui ketenangan.

PERSPECTIVE

PEPERANGAN...bagaimana untuk aku memulakan perjuangan mencari sesuatu yang hakiki.

WILD LIFE

RIBUT PERASAAN...menyerlahkan hitam mata bundar si rajawali

PORTRAIT CHILDREN

ANUGERAH TUHAN....menanti kehidupan yang tidak berkesudahan.

CANDID

TANGISAN SHAWAL...kasih terpahat menyambut jiwa yang kudus dengan penuh kekhilafan

BRILLIANT COLOR

SUARA BATINKU...kedengaran sayup-sayup mengutus perkhabaran dengan penuh kesetiaan.

CONTRAST

MENANG...menangkis haloba agar tiada yang diacuh rasa bersalah.

BLACK & WHITE

KOTAK FIKIRAN...menjengah akal mengilhamkan bait-bait keputusan.

BALANCE

BERPISAH TANPA RELA...menanti perutusan bersemadi di medan sepi.

ACTION

HATI....niat suci membawa harapan agar yang kekal terus aman disana.

CONTINUATION

TERANGI JALAN....garisan yang membawa kudrat tuhan atas apa yang tercipta

REFLECTION

PANGGILAN.....cahaya senyuman yang terukir adakah kau jua merindu dalam kekesalan yang tidak mungkin terpisah

ABSTRACT

RERANTING HARAPAN...berlari mencari lelangit menghapus lara mengabur jiwa.

CLOSE UP

JUADAH KESEJAHTERAAN...menyambut sentuhan yang menjadi penawar jiwa yang mujarab..