love

love
Memaparkan catatan dengan label diari seorang pendidik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diari seorang pendidik. Papar semua catatan

Rabu, 19 September 2012

En Deuter..

Hari ini sangat letih...terlalu letih....dengan bercakap 3 masa dari 4 masa bayangkan satu masa 20 minit...adei....kering tekak....dah tu ngan relief pulak masa ke 7 tak sempat pun nak g makannya...cukup buat aku tension...bila dah makan sakit kepala pulak sebab lewat makan....sungguh tak menggembirakan hari ni dah ler petangnya koko lak...sbenarnya tak nak cerita dah pasal begang2 ari ni...just abaikan jer hari yg tak menjadi semuanya... bila dah terlalu letih ...teringat lak nak tgok sambungan drama ADAM DAN HAWA...cite yg Aaron aziz tu ler..huhuhu layan dah episod ke 13 gak ler..huhuh perasan tak dalam cite tu ain dapat cik ted tu....wah bestnyer kalu dpt cik ted cam tu....tak penah dapat cik ted ...huhu....kalu nak mintak tu mmg tak ler....tah lerkenapa aku bukan jenis yg mintak2 ni....dari dulu...harap biarlah selamanya....takut sgt membebankan org yg aku mintak tu....comel ler cik ted dia...leh peluk....nmpk gebuuu jer..huhuu
comel gak ted yg ni kan...huhuhuh walaupun aku tak de cik ted yg comel untuk dipeluk agar lenaku....aku memiliki sesuatu yg tak segaja...dah kini bertahun dialah yg menghangatkan malam dinginku...sentiasa menemaniku....jd teman bicaraku....terfikir gak...aku same pulak cam ain tu ckp ngan cik ted....tp aku ngan benda ni.....aku rindu tuan pemiliknya....dia kini jauh didalam sudut hatiku...ku peluk agar kau terus temani lena ku...walaupun kau bukan cik ted ku....kau lah penemanku...
cik deuter ler gamaknyer...hehehe p/s- miss u en deuter...love u

Khamis, 29 Disember 2011

mesyuarat oh mesyuarat

Mesyuarat oh mesyuarat....kdg2 bila fikir tak logik amik masa smpai tiga hari...padahal...leh jer rangkumkan sekali dr pagi smpai petang...mmg ler mgantok tp rasanya masih leh bertahan sebab seme org nak cpt selesaikan...bagi cikgu lama...benda ni seme dah dalam orak pun...cuma cikgu yg baru cam aku ni ler..yg kena dengar...tp nak ker dengarnya...pastinya sgt kebosanan ..paling koman pun dengar sejam yg pertama...tu dah kira lama dah tu..tanpa berborak...tp yg lain kat belakang semunya berbosan ....

Bagi aku sebenarnya proses belajar tu...akan dilalui jika dilakukan dengan praktikumnya...tak de benda yang dipelajari hanya dengan teorinya...sebab teori hanya boleh dihafal...tp bila dilakukan ianya akan berkesan dan diingati...insyaallah..

Kadang2 rasa lebih baik sy menjadi sy dari menjadi org lain kan...sy rasa sy berperangai pelik...tetapi rasaknya saya dikelilingi org2 yang pelik ...sesungguhnya ciptaan Allah itu terlalu unik...kerana berlainan sifatnya...sikapnya...dan takdirnya...kepelikan itu membuatkan kita lain dari orang lain..ramai manusia membangkang kerana sifatnya membangkakng....segala yg berlaku ingin di bangkakng...tidak pernah terima seadanya....tp akhirnya di jalankan juga tugas tersebut...sebenarnya itu tanggung jawab kita..gembira atau tidak suka mahupun tidak itu tugas kita..kita dibayar gaji untuk itu...kita akan bg gaji kita itu untuk anak2 dan keluarga...jadi lakukanlah kerja dengan seikhlasnya...walaupun kakang2 sy juga merungut dengan kerja yg diberi...tp sama seperti yg lain...cuba menjalankan tugas dengan sebaiknya...

Tahun ni..pelbagai tugas yg perlu aku jalankan...dengan menjadi guru kelas tingkatan 5....tu dah satu hal....nanti mesti sibuk nak uruskan sijil berhenti budak....tak kira lagi dengan ketua rumah sukan...iaitu rumah hijau....jenuh jugalah nanti..lagi2 bila nak sukan..menjadi ketua persatuan pengakap...nanti sibuk nak bawa budak pergi perkhemahan pulak...jwtankuasa 3k jadi ajk unit kebersihan..jawatankuasa pusat sumber..kena jaga bilik resos tuk sesi pagi..tugas paling besar menjadi SU PMR ...tu tak tau lak cm ner nyer...guru pembimbing persatuan kreatif dan rekacipta...tahun ni dua kelas tingkatan 5...jenuh ler wat kerja kursus ngan budak2 ni....hehehehe termeluah perasaan pulak...huhuhuhu

P/s-Wat kerja kena ikhlas kan..huhuh

Isnin, 31 Oktober 2011

Batik


batik?? mencanting?? apa?? apa bahan dan peralatan??

Isnin, 7 Mac 2011

malaysia berjaya



Malaysia Berjaya

Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar
Menuju cita-cita
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengan semboyan kita berjaya
Menuju di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya

p/s- tak paham bila tiada semangat patriotik dlm jiwa2 itu...

Sabtu, 2 Oktober 2010

Rumah Bumbung Panjang Melaka (Malacca Long Roofed House)






Di Melaka rumah tradisionalnya dikenali dengan panggilan rumah Melayu Melaka. Ianya masih terdapat di seluruh Melaka hingga kini. Rumah ini terkenal dengan tangga batunya yang disalut dengan jubin beraneka warna yang di import dari China dan India. Rumahnya yang asli menggunakan 12 atau 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Komponen bangunanya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur.

Pembahgian ruangnya pula terdiri dari ruang serambi di hadapan, ada kalanya ditambah dengan ruang anjung yang bertangga. Di ruang tengah terdapat sebuah bilik dan diantara rumah ibu dan rumah dapur terdapat satu ruang dipanggil selang.

Terdapat diruang tengah sebuah ruang diantara bumbung dengan atas bilik dipanggil peran atau loteng kegunaan ruang tersebut selain daripada sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabila terdapat majlis perkahwinan juga sebagai tempat simpanan barang-barang. Rumah ini biasanya dibina dari kayu Cengal, Meranti dan Damar laut.

p/s melaka....rindu nak bercuti g melaka lg...huhuhu ronda2

Jumaat, 6 Ogos 2010

cerita tersimpan

salam....apa khabar?? harap semuanya seperti biasa dan masih seperti dulu...tak de apa yang berubah...(cam penah dego ayat ni)...
diam tak diam sudah 3 minggu aku berada dilokasi baru...sangat baru dalam hidup ku...sesuatu perjalanan bermula tanpa dirancang apatah lagu untuk ku duga sebegini....hari2 yang kutempuhi terasa kepayahannya...tetapi inilah yang ku nginkan sejak dulu lagi...bertimpa2 kejutan yang daku terima...dari gurauan dan senda akhirnya bertukar tangisan yang bersendu....

Pada tanggal 19hb julai 2010....aku mula dtempatkan bertugas di SEK MEN KEB KG JAWA,KLANG,SEL..sesuatu diluar jangkaan cerita dan ucapan tahniah asalnya lenyap dari ingatan...hanya yang terlintas kesedihan dan hati yang meronta-ronda...ku terus mencari hala tuju...pangilan demi pangilan membetulkan keadaan yang samar...akhinya aku akur...disitu tempat ku...

Langkah pertama ku terasa berat bagai bertimpa beban yang ku tanggung...menjejakkan kaki disitu terdengar kemeriahan yang bernama sekolah...bertemankan bangunan tampak usang kerana catnya telah luntur dibawa hujan....senyuman yang ku titipkan tidak semua yang mengukir....anak2 dan bakal anak2 ku berkeliaran seperti terlepas dari kandangan yang tidak pasti...ponteng sekolah....ponteng kelas...seluar cikang...baju tidak drapikan dengan kemas....tak bawa buku teks...tak bawa nota.....beg ringan seperti tidak membawa buku...dah loceng masuk pun masih ada yang melangkah lemah ke tempat perhimpunan ...kenapa semua ini terjadi....sangat menambahkan kegusaran pada jiwa yang halus ini...

Minggu pertama ku lalui dengan penuh tidak keikhlasan hati...semuanya berat dan payah bagi ku...mentor di sebelah ku belum lagi mengukir senyuman yang paling ku harapkan...inikan pula menjadi tempat bercerita....berpandukan pelan sekolah ku gagahi menjaga anak2 ini mengambil MIBF (modul item berfokus-PPD)....agak gusar hatiku...periksa seperti tidak periksa...YA ALLAH lindungilah aku ... kuatkanlah aku untuk menghadapi segalanya....aku tidak mampu....

Minggu kedua perjalanan aku diteruskan apabila menyewa rumah...kerana masalah pengangkutan yang ku hadapi....alhamdulillah jalan itu mudah bagiku...mnggu yang ku lalui semakin kurang ranjaunya...tetapi aku masih rasa seperti janggal dan ganjil segalanya...semuanya semakin mesra, membantu mentor menyediakan kertas peperiksaan dan segala tugas baru ku lalui.....mengambil jadual cikgu cuti bersalin untuk mengajar sejarah sekali lagi membuatkan ku berasa tercabar...dan terus mencuba yang terbaik

Minggu ketiga ...tidak semena2 mataku sakit....baru bertugas dua minggu aku bercuti sakit....dah tu tak kan nak biokan mata yang bengkak tu pulak kan.....segalanya semakin lancar dan mudah...walaupun anak2 masih ada yang luar kawalanku...

Sifat keanak2kan, inginkan perhatian, perasaan merasa dewasa.....semua tu antara punca pelajar tidak menghormati guru..tak kesahlah...aku kan baru pada mereka...masuk kandang kambing mengembek ler....tak kan tu pun tak paham2...banyak yang perlu dilakukan untuk menaikan sekolah dari semua aspek...

Semua yang kulalui membuatkan emosiku adakalanya ok adakalanya tidak...ku lupakan semua yang minor dalam hidupku...sehinggakan aku benar2 rasa kekusutan dalam hidupku..namun aku tetap bersyukur jalan aku masih dilohongkan kepada semua arah jalan yang ingin ku tuju...tidak pernah terpesong walaupun seinci....dan kini usahaku perlu berganda untuk meneruskan segalanya.

p/s...permudahkan lah urusan dunia ku...

Rabu, 14 Julai 2010

pertandingan KRS hi-tea












14 julai 2010 (rabu)sempena hari kokurikulum.....
hasil dari anak2ku..huhuh

Isnin, 7 Jun 2010

tektik meniru..


pelbagai usaha untuk berjaya...tp bukan ini caranya anak2 ku...hehe

p/s- student kak akmal jawab peperiksaan pertengahan tahun subjek sejarah...kalu aku cikgunyer mmg dah kena budak ni....

cuti pertengahan tahun


assalammualaikum...
apa khabar semuanya??.hehehe...tak de per pun nak cerita..hehe just nak ucap selamat bercuti kepada semua pendidik dan anak didik yg di Malaysia...patutnya dah wish awal tapi akhir2 ni malas nak tulis pape...walaupun byak aktiviti yang berlaku dsekeliling...musim cuti ni adalah musim kenduri kawen..huhuh...selamat pengantin baru dan selamat bercuti semua.... jaga diri...jaga juga kesihatan ok...daa

p/s- perjalanan ke ipoh berjalan lancar..hehe sedap tdo dalam kereta ria..haha

Isnin, 17 Mei 2010

mari menyanyi cikgu

pada tanggal 16 mei sejak tahun 1972 lagi....tanggal itu adalah hari guru buat guru2 diseluruh malaysia...berjuta ucapan selamat hari guru dan ucapan terima kasih ...yg menjadi semangat kepada para pendidik terus berjuang mendidik anak bangsa....aku bersyukur kerana menjadi sebahagian daripadanya kini....TERIMA KASIH GIKGU...
Pada tahun ni seperti tahun sebelumnya tema hari guru adalah GURU PEMBINA NEGARA BANGSA....pastinya guru2 ku dulu telah berjaya membina aku..heheh

Terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu2 Tadika Kemas bt 12...hehe...cikgu2 Sek Ren Agama Pekan Papar...ustazah soleha, ustazah misnah....dll terima kasih juga kepada cikgu2 Sek Keb Kapar.....Sek Keb Abd Samat Kapar terutama kepada cikgu sai..yang membakar semangatku...walaupun agak tersasar pada peringkat awalnya....kepada semua guru2 SMK(P)Kapar...yang menjadi sebahagian dari hidupku kini...pn. afidah -teacher masa tgkatan 3, pn saadiah -cikgu bm, pn hanimah-ustazah, pn junainah-ustazah, cik azizah-teacher english, cik rossidah-ekonomi asas, pn siti rahmah-perdagangan, pn siti dinar-cikgu geografi yg denda aku atas kerusi..hehe, cik teh-matematik, pn johara-guru kelas yg otai...serta guru2 ku yg telah berpindah dan pencen.

Terima kasih juga buat guru diperingkat universiti semasa jadi student art design kat UITM seri iskandar antaranya en paiman, en daud, en hamdan, en adnan, en hamidi, en azhar, pn harlina, en midi, en syed, en sham(bengkel)dan semua yang terlibat ..dan cikgu2 di UPSI en nurazlan, en syed, en zafwan, en din, en azhar(bengkel batik) dan semua lect kat upsi....

Juga di kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari guru kepada rakan sekerja pada zaman 2002...guru dan warga Sek Keb Rantau Panjang, Klang dan warga Sek Keb Jeram Bt 20,Kuala Selangor....2009 warga Sek Men Keb Meru....dan Sek Men Tengku Isris Shah, Kapar 2010 warga dan Sek Men Keb (P) Kapar....selamat hari guru kepada semua guru2 yang bergelar guru....guru kau inspirasiku....





p/s-wat bakal guru...selamat mendidik jiwa2 yg memerlukan bimbinganmu...

Rabu, 12 Mei 2010

latihan : Adat



Hari ini hendak berkongsi latihan sivik....so kalu tak de keje atau bosan2 leh ler jawab semua soalan di atas...nak jawapan siapkan dulu latihan k...selamat mencuba...

Tingkatkan pengetahuan am ok...salam satu Malaysia

p/s- jangan meniru tau..hehe

Selasa, 11 Mei 2010

23 masa


hehehe ...aper yang 23 masanya...sebenarnya 23 masa mengajar buat masa sekarang ni...ok ler tu tapi kadang-kadang terkejar-kejar jugak....tengok ler jadual kat atas tu....so sekarang mengajar subjek berikut:

Bahasa melayu : tingkatan 4A3

Pendidikan sivik dan
kewarganegaraan : 3B, 3D, 3E, 3G & 3I

Pendidikan Moral: 3D/3E/3F

Pendidikan Seni Visual: 3I & 3H

part paling tersiksa kalu dari blok B ke blok E....adei mencungap tau...ni pun ada kelas yg belum diambil alih sebab masih dipegang oleh guru praktikum yang last minggu ni...ni nasib baik tak de pegang kelas kalu tak..lagi bertimbun kerja nak kena buat...aper pun keje kena enjoy walaupun hari sabtu 3 minggu berturut-turut kena keje...adei...lemah tol....tak pe ler...minggu depan dah hari guru....SELAMAT HARI GURU.......kena rajin lagi....

p/s-bekerja lah kita sekueknyo..heheh

Selasa, 20 April 2010

kabel

assalammualaikum..

rasa macam dah lama tak membebel..banyak benda leh share dalam blog ni...hari2 kat sekolah tu ada jer..program..dan halnya...tapi masanya agak terhad...dan lebih baik masaku itu kepada kegiatan merehatkan mata...menutup mulot(kadang2 nganga gak..kalu penat sangat)..hahaha pe lagi tido ler...lagi syok....memandangkan malam ni tak de mood nak wat keje tah naper tah...maybe dah penat merayap g econsave baru...tak ler baru sangat...aku jer yang baru g sbb sebelum ni macam tak berminat jer nak g sane pun..hahaha

aku dah start keje...ala dapat jd GSTT jer pun...leh ler...dr gaji yang sepatutnya DG41 kalu dah posting ni dapat DC41....syukur alhamdulillah sgt....ni rezeki jaga abah kot lepas tamat kontrak kat kompleks rakan muda ari tu....isi borang mintak gstt ni bulan 12...interview bulan satu then dapat bulan 3...ok ler tu...n happy sbb dapat gaji degree...sbb ada kawan2 (bukan kos aku) jd gstt dapat gaji diploma..sebab mmg tak tjuk kelayakan degree sb takot tak dapat....cam2...aku pun tak terfikir macam tu...huhuhu agak banyak beza ler gaji dip n degree ada ler dalam rm500...mmg masa interview tu aku membebel banyak lagi2 bila dia orang cerita pasal posting yang tah bila ni...huhuh ada yang kata bulan 5 interview...bulan 6 posting..ada kata bulan 9 posting...ada kata bulan 11...dan ada juga yang kata bulan 1 tahun depan yang mana satu aku pun tak tau ler...ikot suke ler mana pun janji dapat posting...insyaallah
sejak aku dapat jadi gstt ni cam2 ler rakan taulan dan jiran tertangga n tak de tangga tanyer cam ner aku leh dapat kerja jadi cikgu gstt ni...tapi banyak2 soalan ...soalan yang wat aku benggak ler...KO ADA KABEL KER??????? ...kalu aku ni ada kabel :

a. awal2 lg dah dapat jd Gstt..tak yah tggu2 dah pas praktikum dah ada keje
b. mesti pakwe aku pun aku pastikan jd GSTT
c. satu batch VISCOM aku tolong...dll (malas nak pk)

ni bukan nak marah ker aper...cume rasa tak selesa bila diacu dengan persoalan yang sedemikian..baik jgn tnyer cam2...kalu lastnyer tanyer pasal kabel ..titibe teringat kabel telefon tm yang baru jer pasang kat kampung aku ni...dua hari kemudian mesti kena curi...ape ker benaknyer...seme nak myusahkan orang awam jer...dapat orang yang curi tu..letak kat kerusi elektrik...baru dia tau...mati keras...hehhehe..marah lak...semua ini rezeki dr ALLAH...aku terima jer...apa yang ditakdirkan...walaupun aku sedar aku kadang2 bernasib baik...tp ada juga masa2 sesak dibuatnya..huhu mingkin ALLAH kesian dengan hidupanku yang tak de perubahan dari dulu sehingga kini...kawan2 sudah berjaya..tetapi aku masih disini mengejar cita2 dan cintaku...huhuh kesian tak???? hahah jawab ler kesian ker tak ni??..hehe yang pasti cita2 ku ....aku ingin menjadi seorang guru..hehe payah sgt jalan yang ku lalui..
mungkin dikalau aku masih jd kerani hbtar ...keadaan pasti tidak bergini....mungkin masih bersama dengan cinta pertama ku..hahah...dah kawen pun...dah ada anak agaknya...heheh aku nak pastikan dia mnyesal tak pilih aku...hahaha....ala dia kate aku pandai dr dia....jgn cipta alasan ler kali ko tu playboy..hehe marah lak...abaikan...

semoga kita semua cepat dapat posting...harap segalanya dipermudahkan untuk kita..dimasa2 akan datang...jangan kau tnyer lagi kabel ku....erm dah mula rasa mengantok..huh mata ni...tak berajo tul ler...hehhe nite...mintak maaf kalu ada salah silap...tuk semua...

p/s-abah n umi ...maafkan salah silap along selama ni...halalkan makan dan minum selama membesarkan along..along syg abah umi..tuk adik2 jdlah anak yg soleh n solehah...moga kau berjaya dimasa akan datang...buat jiwa cinta hati...aku akan terus menunggumu...hingga ke akhirnya...kerana kau myanyangiku lebih dari ku menyanyangimu..aku tak nak jauh dari hidupmu....buat rakan2 gelak ketawa , susah n senang...maafkan bahasaku..tingkahku...bisikku...selamat malam..

Khamis, 15 April 2010

percuma



PERHATIAN....disini ada pengumuman pada hari isnin semua pelajar diminta untuk membawa salinan kad pengenalan , untuk ceramah kempen keselamatan....sekian terima kasih

lebih kurang macam tu ler pengumuman yang dibuat pada hari jumaat minggu lepas...dan pada hari isnin hari tu seperti yang dijanjikan...selepas rehat dalam kul 11 ler...semua pelajar berkumpul di dataran puteri, rupa-rupanya ceramah keselamatan dari sebuah syarikat telekomunikasi...ok ler ceramah yang dibagi tu memang sesuai dengan umur pelajar remaja ler...bersahaja dan sangat sempoi...cakap pun belasah jer kan..huhu

ceramah berkisar tentang buli, dadah, blog/ internet ...dan masalah remaja masa kini...terdapat juga nasihat ler...tapi sikit jer pun..yang membuatkan aku sangat tidak berpuas hati pada akhir ceramah keselamatan tu diaorang ni dok 'promote' pakej telekomunikasi tuk pelajar iaitu 'kunin kampus' ..semua cikgu2 dah rasa begang masa tu...siap buat kuiz lagi tu...acah2 tuk menarik perhatian pelajar..setelah tamat ceramah pelajar diberi percuma sim kad untuk tujuan promosi pakej tersebut...tu sebabnya suruh pelajar bawa salinan kad pengenalan

promosi yang bergini sangatlah tidak sesuai sebenarnya aku sangat tidak berpuas hati..kalu aku tau...memang aku tak setuju suruh pelajar bawa salinan ic tu...ape ler yang dalam kepala hotak dia orang ni kan...dia org memberi ceramah keselamatan tetapi menggalakan perhubungan menggunankan telefon bimbit...bukankah sepatutunya mereka lebih paham undang2 sekolah tidak membenarkan membawa telefon bimbit...tetapi menggalakkan penggunaanya di luar sekolah...tidak semua ibu bapa membenarkan anak2 mereka yang bersekolah memiliki telefon bimbit...kerana lebih banyak keburukkan dari kebaikan...lagi2 masa kini nombor telefon bimbit tidak lagi selamat kerana pelbagai sms penipuan seperti mengatakan anda memenangi hadiah berpuluhan ribu ringgit dari syarikat2 gah...tidak kurang juga penghantaran sms2 berbaur dan langganan gambar2 tidak senonoh dan lain2...

pihak sekolah serta ibu bapa perlu bijak dan memainkan peranan penting supaya anak2 dan generasi yang akan datang tidak menjadi manusia yang maju dalam kemunduran.....pemantauan dari ibu bapa sangat penting bagi memastikan masalah sosial remaja tidak semakin berleluasa..

p/s- mengarut tol ler...tak lama pun aku tgu ceramah ni...wat sakit hati je...

Rabu, 14 April 2010

perpisahan untuk mantan










Majlis perpisahan untuk mantan pengetua SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUAN KAPAR, PN ROSNAH BT. ALI

Tempat : Di Dataran Puteri SMKPK
Masa: 7.20 - 10.30 pagi

Jasamu tetap dikenang oleh semua warga SMKPK..TERIMA KASIH

Jumaat, 2 April 2010

Anugerah


mesyuarat PIBG sedang berlangsung...







pic persembahan pelajar dan pic bersama adik2 praktikum dari UPSI..heheh

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009 & MESYUARAT PIBG
SEKOLAH MENENGAH PEREMPUAN KAPAR

Hari: sabtu 27/3/2010
masa: 8 pagi-12 tgh hari

p/s-lame sgt dah tak tau nak tulis per...tgu ler cite lain k ni tgok pic sudah k syg...heheh

Rabu, 24 Mac 2010

24 mac 2010

Hari ini bersamaan hari Rabu...merupakan hari yang ke3 duduk kat SMKPK tu sebagai GSTT...masih tak habis lagi soalan dan pertanyaan cikgu-cikgu disana...antara soalan dan penyataan yang dikemukakan..

a) muka macam biasa nampak...penah sekolah sini ker??
b) sy pernah ajar awak ker??
c) oooo ni mmg degree pendidikan ler ni yek?? dari U mana??
d) naper tak posting lagi??
e) dah tua dah kita...anak murid kita dah jadi cikgu dah....
f) opsyen aper kat upsi??

erm banyak ler lagi soalan tu diantaranya jer...hehehe..aper pun aku tetap berbangga sebab masih berpeluang bertemu dengan mereka yang mengajar dan mematangkanku semasa alam persekolahan...mana mungkin aku melupakan saat berlari masuk kelas lepas rehat tuk subjek BI dengan puan Afidah...kalu lambat kang kena kunci pintu...dah ler kelas atas sekali kat tingkat 3...haha
mana bisa aku melupakan tatkala berdiri atas kerusi didenda oleh puan siti dinar(skrg dah jd pk koko) sebab tak siap folio geografi...siap wat cam titanic..mana tak orang tua tu marah...hahah
tidak pernah aku melupakan saat menyanyi sewaktu hari guru berduet dengan adik tingkatan 4 masa tu aku tingkatan 5 ler...adei....huhuhu lawak2 dan banyak ler perkara2 indah zaman persekolahan ku...hehe

kini aku benar2 merasakan SMKPK membawa aku dekat kepadanya..menyambung fitrah hidup..apa yang telah guru ku berikan kini giliran ku memberi yang termampu...permudahkanlah niatku...jalanku....cabaranku...persekitaranku..demi menempuh kerjaya yang ku minati ini....amin

berbalik kepada cerita hari ini...pagi jam 810 aku masuk kelas 3E tuk subjek PENDIDIKAN SIVIK DAN KENEGARAAN..topik tentang MARUAH KELUARGA..then sempat bagi kertas ujian dan buat semakkan markah untuk pelajar...kelas yang agak baik dan terkawal..selepas tu lama gak dapat berehat jam 11 pagi baru ada kelas BAHASA MALAYSIA kelas 4A3..ok ler kelas budak bijak...masak aku study BM balik ...masa aku mana ada komsas seme...adei...

pastu petang ada KOKO jadinya tak boleh balik kul 1.55(waktu punch card...tak leh awal dari tu beb...adei...bdk2 balik 1.30 tau)...untuk unit beruniform aku memilih KRS (kadet remaja sekolah) so perjumpaan kat makmal sebab ramai sangat bersama PN haslina n sorang lagi...aper nama tak igat ler...pantau bdk2..dia orang buat tepuk sorak...salin note KRS sikit...pastu pergi ke gelanggang bola jaring sebab bdk2 nak buat latihan kawad (untuk pertandingan DAERAH ...kat SMKTIS bulan 4 nanti..diaorang saja buat masa ni tuk menghilangkan rasa gemuruh...heheh sbb ramai student lain pun tengok gak..

setelah itu masa rehat...leh pergi makan dan solat..sambung kul 3 untuk persatuan aku memilih persatuan kebudayaan dan kompang....persama cikgu sabarina n miss azizah serta dua orang bdk praktikum UPSI tu....pada awalnya buat poco2..berkuah beb...aku dah ler pakai baju kurung...pastu buat tarian tepak sireh...puas ler gak badan dah keras...hehe.n nyanyi koir lagu SEMPURNA bersama-sama....

dah tu kena jg budak kawad wat latihan untuk pertandingan DAERAH tu..huhuhu ptg tak dapat tdo....malam masa nak buat rph...leh pulak tertinggal rancangan tahunan subjek sivik spoil tul ler....adei terus ilang mood...nasib esok kelas 2 masa jer...tp potensi dapat relief tinggi sbb ada MTQ (majlis tilawah Al-Quran peringakat daerah zon A)....huhuhuhuhu tu yang rasa nak menulis blog tu...aper pun selamat malam jumpa lagi esok

p/s-fikiran aku terganggu tetapi sebab apa?? aku tahu??? aku buat2 tak tahu?? aku tak nak pk?? aku kena pk?? perlukah aku pk?? perkara yang tak ptt aku pk??...tah ler...doakan aku lebih tenang esok dan selamanya...amin