Khamis, 29 Disember 2011

mesyuarat oh mesyuarat

Mesyuarat oh mesyuarat....kdg2 bila fikir tak logik amik masa smpai tiga hari...padahal...leh jer rangkumkan sekali dr pagi smpai petang...mmg ler mgantok tp rasanya masih leh bertahan sebab seme org nak cpt selesaikan...bagi cikgu lama...benda ni seme dah dalam orak pun...cuma cikgu yg baru cam aku ni ler..yg kena dengar...tp nak ker dengarnya...pastinya sgt kebosanan ..paling koman pun dengar sejam yg pertama...tu dah kira lama dah tu..tanpa berborak...tp yg lain kat belakang semunya berbosan ....

Bagi aku sebenarnya proses belajar tu...akan dilalui jika dilakukan dengan praktikumnya...tak de benda yang dipelajari hanya dengan teorinya...sebab teori hanya boleh dihafal...tp bila dilakukan ianya akan berkesan dan diingati...insyaallah..

Kadang2 rasa lebih baik sy menjadi sy dari menjadi org lain kan...sy rasa sy berperangai pelik...tetapi rasaknya saya dikelilingi org2 yang pelik ...sesungguhnya ciptaan Allah itu terlalu unik...kerana berlainan sifatnya...sikapnya...dan takdirnya...kepelikan itu membuatkan kita lain dari orang lain..ramai manusia membangkang kerana sifatnya membangkakng....segala yg berlaku ingin di bangkakng...tidak pernah terima seadanya....tp akhirnya di jalankan juga tugas tersebut...sebenarnya itu tanggung jawab kita..gembira atau tidak suka mahupun tidak itu tugas kita..kita dibayar gaji untuk itu...kita akan bg gaji kita itu untuk anak2 dan keluarga...jadi lakukanlah kerja dengan seikhlasnya...walaupun kakang2 sy juga merungut dengan kerja yg diberi...tp sama seperti yg lain...cuba menjalankan tugas dengan sebaiknya...

Tahun ni..pelbagai tugas yg perlu aku jalankan...dengan menjadi guru kelas tingkatan 5....tu dah satu hal....nanti mesti sibuk nak uruskan sijil berhenti budak....tak kira lagi dengan ketua rumah sukan...iaitu rumah hijau....jenuh jugalah nanti..lagi2 bila nak sukan..menjadi ketua persatuan pengakap...nanti sibuk nak bawa budak pergi perkhemahan pulak...jwtankuasa 3k jadi ajk unit kebersihan..jawatankuasa pusat sumber..kena jaga bilik resos tuk sesi pagi..tugas paling besar menjadi SU PMR ...tu tak tau lak cm ner nyer...guru pembimbing persatuan kreatif dan rekacipta...tahun ni dua kelas tingkatan 5...jenuh ler wat kerja kursus ngan budak2 ni....hehehehe termeluah perasaan pulak...huhuhuhu

P/s-Wat kerja kena ikhlas kan..huhuh

Selasa, 27 Disember 2011

Hukuman kah ini

Aku sedang di hukum....dihukum dan terus dihukum...

P/s- selamat malam semua...maafkan aku...jika tiada kesempatan lagi untuk kita bermaafan....maafkan aku...salahku...silapku...

Ahad, 25 Disember 2011

text @ msg

Kegilaan ber msg @ text ?...mesti lah sejak adanya hp @ telefon bimbit..sy suke btext...anda? Kdg2 kesilapan intonasi pembacaan membawa maksud yg berlainan pd penghantar dan penerima....ianya memberi kesukaran ...dan kesilpan pemahaman membaca text ini boleh membawa kesan yg mendalam terhadap hidup seseorang...

Adakalanya text yg diberi sgt ringkas tetapi memberi maksud dan makna yang mendalam seperti 'i love u' n ' i miss u' ringkas tp memberi makna yg mendalam....perkataan yg mudah kita lafaz pd org yg dsygi atau dcintai....tp sukar pd yg tidak memberi makna perkataan tersebut...

Tetapi bila ianya kerapa disebut bg seseorg..ianya diangap murah...tp bg sy...sy myebut kerana sy menjiwainya...merasainya...adakalanya sehingga memberi kesan dilubuk hati ..walaupun sekadar text....anda bagaimana?

P/s- Kerinduan membuatkan kita meracau...selamat hari natal

Sabtu, 24 Disember 2011

kau milik ku


Akhirnya milik ku jua....setelah mencari di merata2 pelusuk bumi...dpt jugak...sbnarnya mmg dah rezeki tuk miliki sbb dah hampir bputus asa dah....n dah nyaris2 nak cr kat klcc...tp manager maxis centre klang yg sgt baik hati tu call ckp ada stok.....thank yek...sbb merialisasikan..hehehehe

P/s - kalu dah mmg milik kita.....cam ner pun ttp jd milik kita...

Isnin, 19 Disember 2011

mungkinkah kau ku miliki..



P/s- tak nak komen pape....kecewa ...

menangis.....

Tanpa kita sedar, dengan menangis kita boleh mengeluarkan masalah dan menenangkan fikiran. Dengan menahan dari menangis, peredaran darah seseorang itu ke otaknya menjadi tidak stabil dan menyebabkan kegagalan mengawal emosi negatif seperti kemarahan.

Banyak sebab yang mungkin menyebabkan anda menangis, namun ianya adalah salah satu penawar bagi kita. Apa baiknya jika anda menangis?



Membantu Penglihatan.
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang bisa membuat penglihatan menjadi kabur.
Mengeluarkan racun
William Frey, eorang ahli biokimia telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar hasil daripada tangisan kerana emosi ternyata mengandungi racun. Ini bermakna, racun dikeluarkan dari badan setiap kali kita menangis selepas bergaduh dengan teman (lealaki/wanita) atau suami dan isteri.

Membunuh bakteria
Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis mampu menurunkan tahap tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan tekanan? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi

Melegakan perasaan
Semua orang rasanya akan berasa sedemikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega di hati. Setelah menangis, sistem saraf, peredaran darah, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam karena Anda boleh menangis tanpa tertahan dengan penuh perasaan negatif.

Membangun sifat komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang membangunkan sebuah sifat komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan mereka nasihat, dan hal ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

P/s: mengapa aku menangis....

Ahad, 18 Disember 2011

wudhu @ Wuduk

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.