love

love

Isnin, 29 Mac 2010

Rumah Bumbung Panjang Negeri Selangor









Di beberapa buah kampung di Selangor masih terdapat rumah tradisional melayu yang berusia lebih 60 tahun. Rumah jenis ini mempunyai kaitan dengan rumah-rumah tradisional Melayu di Melaka dan Negeri Sembilan kerana pertalian sejarah.

Rumah tradisional melayu selangor yang asli mempunyai 3 komponen iaitu rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur. Rumah ibu mempunyai ruang serambi berandah, anjung dan bilik. Rumah tengah terdiri ruang rumah tangga, bilik dan ruang tengah (laluan) yang bersambung antara rumah ibu dan dapur. Rumah dapur di sebelah belakang merupakan tempat memasak

Rumah jenis ini juga dikenali sebagai Rumah Bumbung Panjang kerana bumbungnya menggunakan sebuah perabung panjang lurus mendatar dan pada tepi dinding yang tegak dipasang dinding tabir layar yang berlapis dua .

Rumah tradisional melayu selangor mempunyai rumah ibu terdiri 12 batang tiang utama iaitu 6 tiang dan 6 tiang serambi sama naik. Kayu-kayu yang digunakan ialah Cengal, Giam, Damar laut, Meranti, Kapur, Kempas manakala atapnya dari Rumbia dan Nipah.

1 ulasan:

Nur Anirah berkata...

assalamuallaikum kak