bersyukur ...alhamdulillah perjalanan ku dipermudahkan ALLAH...bermulanya dari menjadi guru ganti kini rezeki ku ker GSTT....
pengalaman menjadi guru ganti di SEKOLAH MEN KEB TENGKU IDRIS SHAH, KAPAR....sudah pasti tidak akan aku persiakan...mana lah tau berguna dimasa-masa akan datang...mungkin bila dah posting nanti ker...berhadapan dengan pelajar yang pelbagai ragam dan berhadapan dengan pelajar yang berlatar belakang yang bermasalah adalah sangat mencabar...pemandangan setiap guru sentiasa mempunyai rotan ditangan agak janggal dimataku..mungkin disebabkan aku berasal dari sekolah perempuan jadi perasaan iti agak berlainan. walaupun praktikumnya aku disekolah campur tetapi tidak ler sehebat dungaan mengganti ini...kesian aku lihat pada guru baru posting..mereka tidak dapat mengajar dan memberi ilmu dengan baik kerana murid tidak memberi kerjasama dan perhatian...apa cara lagi...garang, rotan, mendisplinkan mereka juga agak sukar..malah ada yang melawan...tetapi itu adalah cabaran menjadi seorang pendidik...walaupun pengalaman 9 hari...nampak begitu singkat...tetapi sangat bermakna....guru-guru disekolah ini sangat baik dan ramah..memberi semangat untuk bertahan dengan situasi yang adakalanya tidak selesa itu...sepanjang sembilan hari itu aku berada di bilik displin...terasa seperti berada di wad kecemasan.... sentiasa ada saja masalah displin dan salah laku...perkara ini betol-betol mencabar ..guru displin sampaikan nak makan pun tak sempat kadang-kadang...nasibler...dalam bilik displin ada tempat sembahyang...ia memudahkan cikgu dari terkejar-kejar masa untuk masuk kedalam kelas agar p n p berjalan dengan lancar. Dalam 9 hari tersebut..aku juga semat pergi ke Mesyuarat LADAP ala2 perkembangan staf ler...kebetulan ari tu disponser oleh sebuah syarikat untuk buat bengkel motivati terhadap 40 orang guru yang terpilih..minggu ujian adalah minggu yang menarik...pelajar senyap dari yang biasa...dan segalanya berakhir...cuti sekolah penggal pertama pun bermula...
tidak ku sangka rupanya rezekiku bukan sampai disitu semasa aku berada di tanjong malim (mangambil jubah konvo) aku menerima panggilan telefon yang mengatakan aku dapat tawaran guru GSTT...erm dan diminta lapor diri...aku pun pergi..semuanya bermula isnin ini....tak pasti apa pula cabaranya....apa pun aku bertuah dikala ini apa yang pasti tidak semua perkara yang kita hendak...kita akan dapat..
mungkin dalam kerjaya aku akan berjaya dapat apa yang aku impikan...cita-cita ku sejak kecil lagi untuk menjadi guru benar-benar akan tercapai...tetapi dalam kehidupan ku masih ada yang kurang...mencintai belum tentu memiliki....
p/s- aku akan terus mengikut flow....dan seperti yang ditentukan dan ditetapkan untuk ku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan