love

love

Isnin, 22 Mac 2010

miang




hhuhuh aper yg miang nyer?? bukan lelaki miang...tapi miang keladi...haha tak ler miang sangat tapi getah keladi tu yang tak tahan..oleh disebabkan memenuhi permintaan cik ikin yang teringin nak makan batang keladi masak asam rebus...aku pun dengan baik hatinya nak ler...memasakkan lauk yang disebutnya...kang kempunan pulak...adei part yang paling siksa kalu nak masak batang keladi ni...part nak siang dia..petua yang aku gunakan seperti kate org tua...melumurkan tangan dengan minyak masak sebelum meniang keladi tidak berapa memberi hasil yang baik...still ada getahnya jugak..untuk pengetahuan sesiapa yang suka makan...getah batang keladi ni akan melekap kat tapak tangan dengan warna coklat2 merah sikit ler, hendah membersihkannya agak payah...dan biasnya dah susah sangat kikis guna pisau ler...
hendak makan punya ler sedap menyudu tak ingat pulaknya..ehehe..ni letak jugak ler resepi asam rebus....masakan yang campak2 jer dah jadi..huhu

bahan-bahan

bawang merah-tumbuk
bawang putih-tumbuk
belacan-tumbuk
asam keping
halia
serai
daun kunyit
serbuk kunyit
cili giling/ cili bo
serbuk perasa (aji n garam)
batang keladi yang telah direbus (jangan lama sangat kang batang keladinya jadi sangat lembik)

* boleh letak ikan jugak....tapi kalu tak nak letak...letak ikan bilis sikit...campur dekat bahan yg ditumbuk kasar bagi menyedapkan lagi.ikot suka ler..nak pedas lebih ker...masam lebih ker...masin lebih pun boleh..haha


inilah hasilnya pic dalam periuk jer...malas nak hidang2...hehehe pastu jangan lupa goreng ikan dan buat sambal belacan....huhu syokkkk kena pulak dengan nasi panas..hehe selamat mencuba

p/s- boleh guna resepi yang sama untuk ikan sahaja..guna ikan belanak sedap jugak...menambat perot ..hehe

Tiada ulasan: