love

love

Isnin, 29 Mac 2010

Rumah Bumbung Panjang Negeri Selangor









Di beberapa buah kampung di Selangor masih terdapat rumah tradisional melayu yang berusia lebih 60 tahun. Rumah jenis ini mempunyai kaitan dengan rumah-rumah tradisional Melayu di Melaka dan Negeri Sembilan kerana pertalian sejarah.

Rumah tradisional melayu selangor yang asli mempunyai 3 komponen iaitu rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur. Rumah ibu mempunyai ruang serambi berandah, anjung dan bilik. Rumah tengah terdiri ruang rumah tangga, bilik dan ruang tengah (laluan) yang bersambung antara rumah ibu dan dapur. Rumah dapur di sebelah belakang merupakan tempat memasak

Rumah jenis ini juga dikenali sebagai Rumah Bumbung Panjang kerana bumbungnya menggunakan sebuah perabung panjang lurus mendatar dan pada tepi dinding yang tegak dipasang dinding tabir layar yang berlapis dua .

Rumah tradisional melayu selangor mempunyai rumah ibu terdiri 12 batang tiang utama iaitu 6 tiang dan 6 tiang serambi sama naik. Kayu-kayu yang digunakan ialah Cengal, Giam, Damar laut, Meranti, Kapur, Kempas manakala atapnya dari Rumbia dan Nipah.

Khamis, 25 Mac 2010

mati lampu! mati lampu! mati lampu!

hehehe...teringat pulak dulu ada satu lagu mati lampu...kumpulan mana tah...tapi cam singapore kot kalu tak silap...lagu pun ala2 rap2 skit...hahaha ala masa tu aku sekolah lagi...dulu kat red fm selalu ada lagu tu...tah mana tah...kalu ada lagi lagu tu leh guna tuk kempen ni kan...heheh



PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!
JANGAN LUPA!!! 27 MAC 2010 bersamaan dengan Hari sabtu ini ...jam 8.30 malam..sehingga 9.30 malam...ala sejam jer...tu pun nak berkira ker...sambil2 tu boleh ler menjimatkan bil elektrik yang melambungkan ...hehe...banyak aktiviti leh dijalankan sebenarnya walaupun malam tu ada konsert AF....jadinya....lampu je ler yang mati...tv buka je ler..hahah...tak pun just layan internet dalam gelap....so best lerkan...erm kalu makan pulak...wat ala2 candle light dinner.... wah2...masa ni ler..nak gunakan lilin2 kek yang ada tu kan...haha jimat....tapi kira ok ler...paling tak duk dalam gelap pun masih boleh pasang kipas...tak ler macam masa tak de letrik...adei panas seh....tak de pun malam tu leh berkumpul ramai2 duduk2 borak2 kan sempoi jer kan...dulu kecik2 kalu tak de letrik main bayang2 kat dinding ...hehe sampai umi marah...tak baik katanya...buat burung ler...rama2 le...cam2 ler...kreatif kan...haha

nak tau maklumat lebih dan sangat lanjut tentang 'earth hour' ni bolehlah layari
https://www.myearthhour.org/about/mission-history-and-earth-hour-2010

p/s-selamat bergelap....harap tiada jiwa yg gelap dan kelam...moga semuanya sihat dan dilindungi ALLAH..amin

Rabu, 24 Mac 2010

24 mac 2010

Hari ini bersamaan hari Rabu...merupakan hari yang ke3 duduk kat SMKPK tu sebagai GSTT...masih tak habis lagi soalan dan pertanyaan cikgu-cikgu disana...antara soalan dan penyataan yang dikemukakan..

a) muka macam biasa nampak...penah sekolah sini ker??
b) sy pernah ajar awak ker??
c) oooo ni mmg degree pendidikan ler ni yek?? dari U mana??
d) naper tak posting lagi??
e) dah tua dah kita...anak murid kita dah jadi cikgu dah....
f) opsyen aper kat upsi??

erm banyak ler lagi soalan tu diantaranya jer...hehehe..aper pun aku tetap berbangga sebab masih berpeluang bertemu dengan mereka yang mengajar dan mematangkanku semasa alam persekolahan...mana mungkin aku melupakan saat berlari masuk kelas lepas rehat tuk subjek BI dengan puan Afidah...kalu lambat kang kena kunci pintu...dah ler kelas atas sekali kat tingkat 3...haha
mana bisa aku melupakan tatkala berdiri atas kerusi didenda oleh puan siti dinar(skrg dah jd pk koko) sebab tak siap folio geografi...siap wat cam titanic..mana tak orang tua tu marah...hahah
tidak pernah aku melupakan saat menyanyi sewaktu hari guru berduet dengan adik tingkatan 4 masa tu aku tingkatan 5 ler...adei....huhuhu lawak2 dan banyak ler perkara2 indah zaman persekolahan ku...hehe

kini aku benar2 merasakan SMKPK membawa aku dekat kepadanya..menyambung fitrah hidup..apa yang telah guru ku berikan kini giliran ku memberi yang termampu...permudahkanlah niatku...jalanku....cabaranku...persekitaranku..demi menempuh kerjaya yang ku minati ini....amin

berbalik kepada cerita hari ini...pagi jam 810 aku masuk kelas 3E tuk subjek PENDIDIKAN SIVIK DAN KENEGARAAN..topik tentang MARUAH KELUARGA..then sempat bagi kertas ujian dan buat semakkan markah untuk pelajar...kelas yang agak baik dan terkawal..selepas tu lama gak dapat berehat jam 11 pagi baru ada kelas BAHASA MALAYSIA kelas 4A3..ok ler kelas budak bijak...masak aku study BM balik ...masa aku mana ada komsas seme...adei...

pastu petang ada KOKO jadinya tak boleh balik kul 1.55(waktu punch card...tak leh awal dari tu beb...adei...bdk2 balik 1.30 tau)...untuk unit beruniform aku memilih KRS (kadet remaja sekolah) so perjumpaan kat makmal sebab ramai sangat bersama PN haslina n sorang lagi...aper nama tak igat ler...pantau bdk2..dia orang buat tepuk sorak...salin note KRS sikit...pastu pergi ke gelanggang bola jaring sebab bdk2 nak buat latihan kawad (untuk pertandingan DAERAH ...kat SMKTIS bulan 4 nanti..diaorang saja buat masa ni tuk menghilangkan rasa gemuruh...heheh sbb ramai student lain pun tengok gak..

setelah itu masa rehat...leh pergi makan dan solat..sambung kul 3 untuk persatuan aku memilih persatuan kebudayaan dan kompang....persama cikgu sabarina n miss azizah serta dua orang bdk praktikum UPSI tu....pada awalnya buat poco2..berkuah beb...aku dah ler pakai baju kurung...pastu buat tarian tepak sireh...puas ler gak badan dah keras...hehe.n nyanyi koir lagu SEMPURNA bersama-sama....

dah tu kena jg budak kawad wat latihan untuk pertandingan DAERAH tu..huhuhu ptg tak dapat tdo....malam masa nak buat rph...leh pulak tertinggal rancangan tahunan subjek sivik spoil tul ler....adei terus ilang mood...nasib esok kelas 2 masa jer...tp potensi dapat relief tinggi sbb ada MTQ (majlis tilawah Al-Quran peringakat daerah zon A)....huhuhuhuhu tu yang rasa nak menulis blog tu...aper pun selamat malam jumpa lagi esok

p/s-fikiran aku terganggu tetapi sebab apa?? aku tahu??? aku buat2 tak tahu?? aku tak nak pk?? aku kena pk?? perlukah aku pk?? perkara yang tak ptt aku pk??...tah ler...doakan aku lebih tenang esok dan selamanya...amin

Isnin, 22 Mac 2010

miang




hhuhuh aper yg miang nyer?? bukan lelaki miang...tapi miang keladi...haha tak ler miang sangat tapi getah keladi tu yang tak tahan..oleh disebabkan memenuhi permintaan cik ikin yang teringin nak makan batang keladi masak asam rebus...aku pun dengan baik hatinya nak ler...memasakkan lauk yang disebutnya...kang kempunan pulak...adei part yang paling siksa kalu nak masak batang keladi ni...part nak siang dia..petua yang aku gunakan seperti kate org tua...melumurkan tangan dengan minyak masak sebelum meniang keladi tidak berapa memberi hasil yang baik...still ada getahnya jugak..untuk pengetahuan sesiapa yang suka makan...getah batang keladi ni akan melekap kat tapak tangan dengan warna coklat2 merah sikit ler, hendah membersihkannya agak payah...dan biasnya dah susah sangat kikis guna pisau ler...
hendak makan punya ler sedap menyudu tak ingat pulaknya..ehehe..ni letak jugak ler resepi asam rebus....masakan yang campak2 jer dah jadi..huhu

bahan-bahan

bawang merah-tumbuk
bawang putih-tumbuk
belacan-tumbuk
asam keping
halia
serai
daun kunyit
serbuk kunyit
cili giling/ cili bo
serbuk perasa (aji n garam)
batang keladi yang telah direbus (jangan lama sangat kang batang keladinya jadi sangat lembik)

* boleh letak ikan jugak....tapi kalu tak nak letak...letak ikan bilis sikit...campur dekat bahan yg ditumbuk kasar bagi menyedapkan lagi.ikot suka ler..nak pedas lebih ker...masam lebih ker...masin lebih pun boleh..haha


inilah hasilnya pic dalam periuk jer...malas nak hidang2...hehehe pastu jangan lupa goreng ikan dan buat sambal belacan....huhu syokkkk kena pulak dengan nasi panas..hehe selamat mencuba

p/s- boleh guna resepi yang sama untuk ikan sahaja..guna ikan belanak sedap jugak...menambat perot ..hehe

Sabtu, 20 Mac 2010

Aku sudah jatuh cinta



Liyana Jasmay - Aku Sudah Jatuh Cinta

Sudah lama mencari
Tapi tak ku temui
Rasa yang selalu
Ada di hati
Ada di hati

Kini aku temui
Jalan cerita cinta
Sekian lama mencari
Cinta

Dulu cinta
Tiada lagi
Dan aku masih mencari-cari
Kerna hati ku sanggup menunggu
Cinta dari mu
Cinta dari mu (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar aku hampir jadi resah
Bila cinta dari mu hadir bagai lena dari mimpi
Bagai perasa
Bagai perasa

Hey yeahh (Ohh..)
Hey yeahh

Dulu cinta
Tiada lagi
Dan aku masih mencari-cari
Kerna hati ku sanggup menunggu
Cinta dari mu
Cinta dari mu (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar aku hampir jadi resah
Bila cinta dari mu hadir bagai lena dari mimpi
Bagai perasa
Bagai perasa (Ohh..)

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar kata hati ku pada mu
Tapi aku tak kuasa
Mengatakan pada mu
Rasa cintaku
Rasa cintaku

Ku akur selamanya

Memang benar aku sudah jatuh cinta
Memang benar kata hati ku pada mu
Tapi aku tak kuasa
Mengatakan pada mu
Rasa cintaku
Rasa cintaku

Ku akur selamanya

p/s- malam cam ni...layan gak lagu akustik macam ni....rawat hati yang tak tenang tak tentu pasal...kau semakin jauh...itu yang ku rasa...

positif



bersyukur ...alhamdulillah perjalanan ku dipermudahkan ALLAH...bermulanya dari menjadi guru ganti kini rezeki ku ker GSTT....

pengalaman menjadi guru ganti di SEKOLAH MEN KEB TENGKU IDRIS SHAH, KAPAR....sudah pasti tidak akan aku persiakan...mana lah tau berguna dimasa-masa akan datang...mungkin bila dah posting nanti ker...berhadapan dengan pelajar yang pelbagai ragam dan berhadapan dengan pelajar yang berlatar belakang yang bermasalah adalah sangat mencabar...pemandangan setiap guru sentiasa mempunyai rotan ditangan agak janggal dimataku..mungkin disebabkan aku berasal dari sekolah perempuan jadi perasaan iti agak berlainan. walaupun praktikumnya aku disekolah campur tetapi tidak ler sehebat dungaan mengganti ini...kesian aku lihat pada guru baru posting..mereka tidak dapat mengajar dan memberi ilmu dengan baik kerana murid tidak memberi kerjasama dan perhatian...apa cara lagi...garang, rotan, mendisplinkan mereka juga agak sukar..malah ada yang melawan...tetapi itu adalah cabaran menjadi seorang pendidik...walaupun pengalaman 9 hari...nampak begitu singkat...tetapi sangat bermakna....guru-guru disekolah ini sangat baik dan ramah..memberi semangat untuk bertahan dengan situasi yang adakalanya tidak selesa itu...sepanjang sembilan hari itu aku berada di bilik displin...terasa seperti berada di wad kecemasan.... sentiasa ada saja masalah displin dan salah laku...perkara ini betol-betol mencabar ..guru displin sampaikan nak makan pun tak sempat kadang-kadang...nasibler...dalam bilik displin ada tempat sembahyang...ia memudahkan cikgu dari terkejar-kejar masa untuk masuk kedalam kelas agar p n p berjalan dengan lancar. Dalam 9 hari tersebut..aku juga semat pergi ke Mesyuarat LADAP ala2 perkembangan staf ler...kebetulan ari tu disponser oleh sebuah syarikat untuk buat bengkel motivati terhadap 40 orang guru yang terpilih..minggu ujian adalah minggu yang menarik...pelajar senyap dari yang biasa...dan segalanya berakhir...cuti sekolah penggal pertama pun bermula...


tidak ku sangka rupanya rezekiku bukan sampai disitu semasa aku berada di tanjong malim (mangambil jubah konvo) aku menerima panggilan telefon yang mengatakan aku dapat tawaran guru GSTT...erm dan diminta lapor diri...aku pun pergi..semuanya bermula isnin ini....tak pasti apa pula cabaranya....apa pun aku bertuah dikala ini apa yang pasti tidak semua perkara yang kita hendak...kita akan dapat..

mungkin dalam kerjaya aku akan berjaya dapat apa yang aku impikan...cita-cita ku sejak kecil lagi untuk menjadi guru benar-benar akan tercapai...tetapi dalam kehidupan ku masih ada yang kurang...mencintai belum tentu memiliki....

p/s- aku akan terus mengikut flow....dan seperti yang ditentukan dan ditetapkan untuk ku....

Khamis, 18 Mac 2010

doa selamat











Hari ini hari khamis..bangun jer dari tidur terus pergi ke rumah atok..sebab atok hendak buat kenduri doa selamat tapi hantar dekat masjid jer...hantar masjid untuk diberi selepas bacaan yassin dan tahlil(malam)...jadinya oleh disebabkan adik beradik abah ada yang kerja..balik kampung jadinya kami yang sebelah umah atok ni turun padang ler...biasa ler macam ni..kaki tangan merangkap ajk masak-masak tak ramai...sampai jer mak usu offer sarapan roti canai...masyukkk gak...

menu kenduri kali ni...
- Pulut kuning
- Nasi putih
- Kari telur
- Sambal tumis udang
- ikan goreng

aper pun makan tengah hari kami..
- Nasi putih
- Asam pedas (tuka2....ikan pari kecik)
- Sayur kacang panjang goreng
- Telur dadar...heheheh (makan jer ari ni...)

kerja dari kopek bawang...kisar bawang, halia, bawang putih, cili kering, potong sayur, menumis dan lain-lain last sekali amik part membungkus makanan yang telah dimasak....kami bersama-sama memasak hidangan...hehe seronok

setelah semua tugas selesai...kami bersama-sama pergi ker tanah perkuburan arwah nenek..tabur daun pandan ...dan membersihkan kawasan sekitarnya...

p/s- hidup dan mati telah ditakdirkan oleh Nya..

Rabu, 17 Mac 2010

hari minggu

Hari minggu yang lepas...oleh disebabkan ada sedara wat kenduri kawen dekat Taman Sri Kerayong...jadi semua adik beradik abah pun balik ler ke rumah atok...aku tak g kenduri tu...sebab pergi rumah kawan...ku bertunang...cite sikit pasal kawan ni...dia kawan aku sejak tadika lagi...pastu sama masa sekolah rendah dan sekolah menengah...walaupun dia kelas sains aku ni kelas perdagangan jer(dia pandai byak ler dari aku) tapi kami masih berkawan sampai sekarang...dia dah kerja dekat HBTAR, Klang (farmasi)...aper pun tahniah intan (Nor haslinda Bt. Ramli)semoga berbahagia hingga keakhir hayat...amin..



ermmm..sambung balik ...biasa ler kalu dah petang-petang kalu dah ramai2 mesti pakat buat minum petang pnyer...lepak2 umah atok ler katekan...ni ler antara aktiviti petang tu..buat KUIH PAU...heheh seronok sebab buat ramai-ramai....sebelum cite pasal kuih pau...oleh disebabkan aku nak konvo...jubah pun aku dah amik awal....aku bagi peluang kat sepupu ku mencuba apa rasanya...ni kira motivasi gak ler...bg dia orang bersemangat tuk belajar...dan belajar...jangan pernah putus asa untuk berusaha demi mengejar cita-cita...aku ni cucu sulong atok...tak kira sepupu yang tiri...hehe
aku nak dia orang berusaha dan terus berjaya...bio lebih dari apa yang aku capai sekarang..amin...banyak lagi pic...semua merasa pakai...tapi sori ler...kak ida malas nak letak banyak2




so kita sambung pasal kuih pau inti kelapa yang sedap tu..heheheni semua proses jer...

bahan-bahan yang diperlukan amat mudah didapati antaranya..

doh
- tepung gandum
- minyak masak
- garam
- air
- mauripan (tnyer kat kedai ler)

inti
- kelapa dan gula merah..

daun pisang tu belah bawah dia...kalu tak de guna kertas A4 je dah ler...hehe

bancuh tepung, mauripan yang dah di bancuh dengan air panas, sedikit garam dan minyak...jangan lupa letak air tu...so selepas tu uli sehingga semuanya sebati, tidak melekat di jari anda dan licin jer permukaan tepung tu...bawah ni semua gambar proses..memang tak lengkap pun..









biokan dulu sebelum kukus bagi dia kembang skit...pastu kukus ok...sehingga masak...sedap dimakan semasa masih panas bersama air kopi..heheh...pastu semua balik rumah masing-masing...heheh erm nak jadi perempuan kena belajo banyak benda..lebih-lebih lagi ilmu menjaga perot suami kelak...hehehe macam makcik-makcik kan...hahahah nak buat macam ner....

p/s-pic dah siap tak sempat snap....sbb balik umah dah...mandi...heheh dah magrib masa tu...sedap..hehhe

berharap



p/s- ku cubo hadapi semua ini meski tanpamu....'suara' dengarkan lah aku...apa khabarnya pujaan hatiku??aku disini menunggunya masih berharap didalam hatinya...

Isnin, 15 Mac 2010

ditakdir kita bersama



tak pasti siapa yang tersentuh
bila terserempak tempat kita bertemu dulu
adakah aku yang khayal kehadiranmu
atau sememangnya kau disini

kedatanganku ini
sekadar menyisip suasana
dan bukan untukmu semula

entah siapa yang bersalah
tertanya-tanya siapakah lebih luhur setia
hanya pandai berjanji sewenang-wenang
untuk semalam dan hari esok
tapi engkau terlupa
engkau yang terlalu kecewa
sehingga berhari di sini

pedih
melihat engkau begini
penawar tidak berguna lagi
sedih
sekilasnya engkau pun menoleh aku
apa yang tergambar menyesali tingkahmu*
tinggalkan ku diwaktu senangmu

#
simpati jiwa bukannya alasan
kala mata kita bertentangan
ku sedari aku pun begitu
merindui belaian kasihmu
sedari dulu andai pasti
di takdir kita bersama

(ulang #)

andai kita ditakdirkan berdua
sesuatu itu ada bermacam sesuatu..

p/s- rasa serabut...aper yang aku fikir ni sebenarnya...wat keje tak leh fokus...

Ahad, 14 Mac 2010

10 mac 2010


Minggu lepas modenyer adalah mode KONVO semua topik tak lari dari konvo...adei serabut gak dibuatnya...macam2 ada...pasal baju..kasut...jubah..raptai..cam2 ler..lagi2 orang perempuankan. standart ler kan nak buat macam mana lagi..walaupun aku baru je bekerja tak sampai dua minggu tetapi disebabkan rakan-rakan nak buat perjumpaan tidak rasmi ditanjung malim...dan oleh disebabkan cik Riang RIA sebok suh aku cuti...aku pun amik ler cuti pada tarikh yang dijanjikan ..heheh bersama3 warga dan penduduk VISCOM yang dapat dihubungi..hehehe iaitu pada 10 Mac 2010

thank pada encik diatas menumpangkan aku sampai klang ...dan terima kasih yang teramat sangat kepada encik Rushdi membawa aku dan apis kering ker tanjong malim dengan selamatnya..patutnya pn. ria join sekali tapi nak wat macam ner pagi tu dia sebok nak temankan cik abg sarapan kan..katenyer...tapi bak kate apis...belagak ler tu...nak tunjuk kereta baru....(dah ler tunggu apis lama kat komuter dah kena serapan ngan laki orang...heheh)

perjalanan semuanya lancar sangat...berborak dari klang ker tanjong malim....lebij kurang dalam pukul 12 kami sampai ke destinasinya...bertolak dekat kul 10 gak ler..heheh ria sampai dulu kat TM..bro dan ria serta adiknya menanti kehadiran kami ..heheh didalam perjalanan juga bibi menaiki bus...dan kak as, kak an dan matun menompang AEB...heheh sampai jer sebok pergi fotostate borang sewa jubah tu...semua dok mengisi borang...huhu pastu pergi makan ikan bakar kat jalan ketoyong pulak..huhuh siap jumpa en azhar (bengkel batik)







pastu saper2 yang berhutang dengan pihak universiti sebok bayo hutang ulak...library ler...keselamatan ler....setelah itu kami pun menuju bangunan purple tu...tah pe tah ...tak ingat pulak ala tempat amik sijil kursus kawen dulu tu...pusat islam kot...hehehe erm ape yang perlu ada adalah slip pembayaran (seratus tu..huhu)..pengesahan gaduan pengajian tinggi dan borang sewa jubah ler....pergi ler...kena tunggu gak lagi masa tu dah pukul dua lebih tapi akak tu lambat masuk...lem tul....



hutang saper??? cube teka...yang pasti bukan aku..ahahha



aper tu FSM...fakulti suke makan...ker fakulti sangat meriah...ahahahhaha...kena ikot fakulti ler...beraturrrrr...heheh



ni ada lah masa sesi try jubah...selamat mencuba...ada yang hilang cangkuk ler..ada yang terbesar ler...macam-macam...hahaha..lawak ler...walaupun panas giler dah berpeluh...tapi still sakan try jubah...lawak ler...adei...macam kanak-kanak tadika pun ada ler..

matun dan kak an balik cepat...maklum ler ibu mana leh balik lambat ...anak kak an tak de saper nak jaga malamnya...suami dia kerja...ok ler tu...kak an nampak berisi..heheh dulu slim tu...hahaha

aper pun lepas semuanya selesai...sempat jugak lepak dekat easy cafe...lame kat ner(sajer cari tempat yang sejuk skit)...hehe dan di datangi oleh lecture berjiwa rakyat...heheh En Nur Azlan ler..hehe lepak2 minum...borak sampai lebam..hahaha..
bila cuaca sudah redup apa lagi berlaku lah aksi2 melaram jubah konvo...apis yang pada mulanya malu...pastu dia yang lupa diri...aper pun tu kenangan yang indah sangat


dah mula sewel...heheh



antara gambar yang aku amik ler....pic lain tgok kat muka buku yek...hehehe malas nak upload...banyak dalam DSLR ody jer...heheh part lompat2..heheh yang best tu...pelbagai aksi tanpa kawalan berlaku..hahah

pastu masing-masing meneruskan perjalanan pulang kedestinasi masing-masing...aku balik dengan ody kebetulan bibi tidur dekat rumah aku...huhuh..sambung lagi berborak pelbagai topik bersama ody dalam kereta...hahahah.perjalanan satu hari


p/s-rasa amat pantas masa berlalu....

Jumaat, 12 Mac 2010

gila kan kau



Malamku igau
Gilakan kau
Siangku sasau
Aha... gilakan kau
Aha... gilakan kau... beb

Hidupku payau
Gilakan kau
Hariku kacau
Gilakan kau
Aha... gilakan kau
Aha... gilakan kau

Nak aku lepaskan... tak bisa
Nak aku lepaskan... tak berdaya

Makin aku meronta
Makin aku didera
Makin aku mencuba
Makin aku terseksa

Katakanlah sayang
Aku hanya berangan
Hentikanlah
Kerja gila
Hentikanlah
Kerja gila

Hentikanlah
Kerja gila ini