diam tak diam dah 5 hari abah kat hospital.gambar tu semua perkembangan abah selepas dibedah semalam. pembedahan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam tu berjalan seperti yang dirancang..setelah beberapa hari di tunda kerana ianya merupakan kes yang agak besar..apa pun terima kasih kepada doktor dan jururawat pusat perubatan universiti malaya kerana mengambil tindakan pantas dan dapat mengesan lokasi penyakit tersebut.harap2 semuanya dapat pulih seperti biasa. tiada gambar tuk tempat yang sakit ok...sebab berada di tempat yang agak sulit..kat punggung.. doktor pun cakap penyakit ni penah ada tapi jarang-jarang..kira kadang-kadang le..tempoh pulih sepenuhnya agak memakan masa mungkin dalam sebulan lagi..itu pun kalu tak de masalah lain...abah masih belum boleh balik ke rumah, masih direhatkan di hospital. situasi abah yang aku lihat semalam agak pucat mungkin sebab lepas pembedahan melihat keadaanya aku tidak berasa sangat risau berbanding sebelum ini..abah masih tidak boleh duduk dan berjalan kerana bahagian punggung (kesan bedah) tidak dijahit..bahagian perut ditebuk tuk jalan lain bagi pengeluaran najis..awalnya buang air kecil pun tak boleh ..jadi tiub wayar digunakan (abah kata sakit guna tu) so semalam ais digunakan bagi membantu rasa untuk membuang air jadi tiub tidak perlu digunakan..banyak pesanan abah dan umi kepadaku memandangkan aku yang menguruskan rumah sepenuhnya dengan bantuan adik-adik (masa ni baru rasa tua sikit)..hehe ye ler anak sulung lagi pun kebetulan aku dah habis belajar dan sedang mengganggur jadi sangat sesuai ler.
apa pun TERIMA KASIH kepada semua rakan-rakan yang memberi sokongan dan mengiringi doa kejayaan pembedahan serta harapan pulih kepada ayahdaku tercinta.
P/s- Thank sgt..
3 ulasan:
k.ida...jgn sedih2 tau.....
banyakkan doa..dan kuatkan hati....
ida...jangan putus berdoa. insya ALLAH akak akan mendoakan kesejahteraan dari jauh. semoga Abah cepat sembuh.
thank semua
Catat Ulasan