love

love

Selasa, 19 Januari 2010

Gambar nyeri abah

P/S-Maaf kalu gambar-gambar dibawah membuatkan rasa tidak selesa dan tidak lalu makan

gambar tempat sakit selepas operate dibahagian punggung ditebuk kerana terdapat nanah(ketika dihospital- pusat perubatan universiti malaya)




untuk pengetahuan semua abah dah balik rumah lebih kurang seminggu dari pusat perubatan universiti malaya....sekarang sedang berehat dirumah..oleh disebabkan kawasan punggung yang dibedah itu di buang bahagian dagingnya jadi luka bedah itu perlu dicuci setiap hari tempat yang kena tebuk tu..kondisi badan masih lagi lemah ..boleh berjalan perlahan-lahan..masih tak boleh duduk dengan betul..baring pun posisi mengereng (terlalu kurus sampat tulang pinggul rasa segal sebab terlalu kerap baring)..masih menggunakan beg untuk buang najis (yang perlu dicuci setiap hari)...25hb januari nanti akan pergi ke hospital untuk pemeriksaan.. buat masa ni daging punggung dah nampak agak kering dan dalam pembentukkan daging yang baru..dengan bantuan krim yang mempercepatkan lagi...walaubagaimanapun bila malam terasa berdenyut ..mungkin kerana pertumbuhan daging tersebut..







gambar luka bedah tetapi telah dicuci dan diletakkan kapas sebelum disapu ubat supaya tiada darah atau sebarang cecair terkena kawasan lain yang memungkinkan jangkitan kuman, yang boleh melambatkan sel-sel daging lambat pulih sepenuhnya.

TERIMA KASIH kepada semua yang bertanya khabar dan mengambil berat terhadap kesihatan abah...terima kasih sgt2...terima kasih..harap2 abah cepat sembuh dan pulih sepenuhnya..amin.

p/s- Jaja tq tuk pati jeli gamat tu...siap poskan lagi..

Tiada ulasan: