PERHATIAN....disini ada pengumuman pada hari isnin semua pelajar diminta untuk membawa salinan kad pengenalan , untuk ceramah kempen keselamatan....sekian terima kasih
lebih kurang macam tu ler pengumuman yang dibuat pada hari jumaat minggu lepas...dan pada hari isnin hari tu seperti yang dijanjikan...selepas rehat dalam kul 11 ler...semua pelajar berkumpul di dataran puteri, rupa-rupanya ceramah keselamatan dari sebuah syarikat telekomunikasi...ok ler ceramah yang dibagi tu memang sesuai dengan umur pelajar remaja ler...bersahaja dan sangat sempoi...cakap pun belasah jer kan..huhu
ceramah berkisar tentang buli, dadah, blog/ internet ...dan masalah remaja masa kini...terdapat juga nasihat ler...tapi sikit jer pun..yang membuatkan aku sangat tidak berpuas hati pada akhir ceramah keselamatan tu diaorang ni dok 'promote' pakej telekomunikasi tuk pelajar iaitu 'kunin kampus' ..semua cikgu2 dah rasa begang masa tu...siap buat kuiz lagi tu...acah2 tuk menarik perhatian pelajar..setelah tamat ceramah pelajar diberi percuma sim kad untuk tujuan promosi pakej tersebut...tu sebabnya suruh pelajar bawa salinan kad pengenalan
promosi yang bergini sangatlah tidak sesuai sebenarnya aku sangat tidak berpuas hati..kalu aku tau...memang aku tak setuju suruh pelajar bawa salinan ic tu...ape ler yang dalam kepala hotak dia orang ni kan...dia org memberi ceramah keselamatan tetapi menggalakan perhubungan menggunankan telefon bimbit...bukankah sepatutunya mereka lebih paham undang2 sekolah tidak membenarkan membawa telefon bimbit...tetapi menggalakkan penggunaanya di luar sekolah...tidak semua ibu bapa membenarkan anak2 mereka yang bersekolah memiliki telefon bimbit...kerana lebih banyak keburukkan dari kebaikan...lagi2 masa kini nombor telefon bimbit tidak lagi selamat kerana pelbagai sms penipuan seperti mengatakan anda memenangi hadiah berpuluhan ribu ringgit dari syarikat2 gah...tidak kurang juga penghantaran sms2 berbaur dan langganan gambar2 tidak senonoh dan lain2...
pihak sekolah serta ibu bapa perlu bijak dan memainkan peranan penting supaya anak2 dan generasi yang akan datang tidak menjadi manusia yang maju dalam kemunduran.....pemantauan dari ibu bapa sangat penting bagi memastikan masalah sosial remaja tidak semakin berleluasa..
p/s- mengarut tol ler...tak lama pun aku tgu ceramah ni...wat sakit hati je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan