love

love

Rabu, 24 Februari 2010

situasi


Tak tau nak mula cerita dari mana..aku terfikir perkara ni masa dok mengiang ikan tadi...nak wat macam ner...dah mmg jadi suri rumah separuh masa...hehe mungkin sejak dari bulan 12 (musin cuti sekolah)pelbagai jenis kad jemputan dan undangan ke majlis perkahwinan mahu pun ke majlis pertunanangan (tanpa kad ler)tp ada gak yg guna kad tau...jangan tak tau...of coz ler majlisnyer grand sgt uolzz....

apa yang aku fikir aku juga tak pasti...cume ada beberape perkara datang bersilih ganti....

situasi 1

bapak mertua duduk dengan anak bongsu dan menantunya orang yang terdidik dan di besarkan dibandar..menantunya tidak reti menyiang ikan sembilang...masih ada bau hanyir..tetapi bapak mertuanya tidak menegur sebaliknya mengadu pada anak dan menantunya..memberitahu tak sama macam arwah isterinya dahulu

situasi 2

seorang gadis berusia 25 tahun...telah bertunang setahun yang lepas..dan akan mendirikan rumah tangga dengan pasangan anak sulong tidak lama lagi...apabila disuruh masak..(ada yang kate tak reti)..bila disuruh buat air...dia kate air teh tau ler...air kopi tak tau....huh

situasi 3

seorang gadis bekerja kerajaan berumur sekitar 35 dan lebih...kedudukan ekonomi stabil..dari keluarga yang baik..tidak bertemu jodoh...pernah berkawan dengan seseorang tetapi beza usia yang agak jauh...keluarga lelaki kurang bersetuju alasan nanti cepat monopos..perempuan akan lebih cepat tua apabila berkahwin..

situasi 4

sepasang suami isteri ini telah berkahwin hampir 8 tahun.. telah mendirikan rumah tangga selepas tamat zaman persekolahan tetapi sehingga kini masih belum mempunyai zuriat..

situasi 5

oleh disebabkan kemarahan seorang lelaki yang telah mengikat pertunangan dengan pasangannya di masukan penjara..atas sebab bergaduh ditempat kerja...perkahwinan yang sepatunya berlangsung telah ditunda...tdak dapat dipastikan tarikhnya...kerana tunangnya masih di dalam penjara.

situasi 6

setelah mengikat pertunangan sebulan yang lepas si gadis baru mengetahui pasangannya itu membuat perangai (tak jelas naper) ada ura2 mengatakan si gadis ingin memutuskan perhubungan tersebut..

situasi 7

seorang gadis telah bercinta sekian lama telah memutuskan hubungan kerana tidak tahan pasangannya mengongkong (walaupun keluar dengan keluarganya sendiri) gadis ini jenis bukan sosial pun.

banyak lagi situasi yang berlaku yang aku ingin kongsikan tetapi cukup ler setakat itu..perkaitannya bagiku ialah melibatkan perhubungan...yang melibatkan ikatan kekeluargaan dalam masyarakat..PERJUDIAN HIDUP ini lah yang merubah cara berfikir, emosi dan tindakan seseorang dalam menjadi khalifah dimuka bumi ini..berdasarkan pengalaman melihat sahaja kadang2 tidak mencukupi...ianya perlu dinikmati..tetapi bagi aku...lebih baik belajar dari pengalaman kesilapan org dari kita yang melakukan kesilapan...agar kita tidak mengulang kesilapan yang telah orang lain lakukan..
semua ingin melakukan yang terbaik dalam perhubungan dan ikatan kekeluargaan namun tidak semua berjaya hingga ke penghujungnya..andai diberikan dugaan itu adalah manisan dan garam dalam memberi rasa dalam kehidupan yang sementara dan pinjaman ini..andai kita berjaya terdidik menjadi seorang anak yang baik belum tentu kita dapat mendidik sama seperti kita..menerima kelebihan dan kekurangan individu dalam sesebuah keluarga itu amat penting..bukan sahaja ketua keluarga harus memainkan peranan malah semua anggotanya..jadi setiap manusia tu terlalu unik ciptaanya dengan pelbagai ragam...dengan pelbagai onarnya...pelbagai sifatnya...pelbagai lakunya...segalanya bersatu dan membentuk menjadi kamu...aku...dia...mereka...

p/s- selamat bertunang kepada rakan2 yg terapat dengan jiwa ku...selamat pengantin baru kepada rakan2 yang kuat berada dalam ingatan ku...selamat bercinta kepada rakan yang dekat ngan hati2 itu.....heehehe

Tiada ulasan: