aku masih lagi bukan pencerita...rasaku...naluriku..hatiku...terus ingin merasa kata tanpa bicara..berkongsi kerana yang membaca bukan bibirmu tapi terus sampai ke hati mu..
Di Perak terdapat satu bentuk rumah tradisional Melayu yang berusia tua dipanggil Rumah Kutai. Rumah ini hanya terdapat berhampiran dengan tebing sungai perak iaitu di Daerah Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar
Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang. Di sudut dinding tepinya dipasang tabir layar yang dibuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu merupakan ruang yang beratap dan berlantai sebagai tempat menyimpan barang-barang.
Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang di pisahkan oleh ruang dapur yang di pisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap. Bahan-bahan binaan ialah dari kayu dan buluh. Kayu digunakan untuk tiang dan rangka bumbung manakala dindingnya dari pelupuh dan atapnya ialah Rumbia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan