love

love

Khamis, 25 Februari 2010

pendapat

Di suatu malam yang suam-suam kuku..setelah pelbagai topik hangat diperkatakan ..pelbagai agenda diperkatakan kawan aku ni pun bertanya..

chat YM
tembam: weh..aku nk tnyer pendapat
hadiza_skyzo: aku mmg kaunter pendapat
hadiza_skyzo: hehehe

hah!! kalu kawan ko titibe nak tnyer pendapat mesti ko terfikir-fikir kan ape mendanyer pulak ni....mcm suspen jer kan...nak jemput aku tunang ker...bergadoh ngan pakwe ker...nak lari dari rumah ker...nak potong rambut ker...nak cari ubat kurus ker...nak datang rumah ker...nak tnyer warna baju konvo ke...hahahahhahaha ternyata tekaan aku meleset sama sekali...macam ekonomi aku gak ler...gamat deh...cite ni leh kategori cite lawak , kesian, simpati, pasrah dll...hhahaha aku terus gelak ....hahaha bila dia anto ym seterusnya..(siap cite kat umi lagi..bila dah abis ym ler...umi suke usha aku wat pe ...hahah nak join ar tu)

tembam: td aku dpt topup 5rgt..sape ntah yg tsalah top..
tembam: pastu aku dpt 1 kol..no dia sama dgn no aku..tp beza 1 no jer
tembam: tp aku xjawab hahahhaa
hadiza_skyzo: tu namanya rezeki
hadiza_skyzo: pandai pun
hadiza_skyzo: wat dek jer

hahahaha itu lah situasi sebenar rupe nyer....kejadian ini sebenarnya tidak asing pada kita dan keluarga mereka. aku juga pernah mengalami situasi yang sama..macam tu jugak umi..hehe..saper yang harus dipersalahkan..walaupun aku boleh dijatuhkan hukuman bersubahat sama tetapi apa yang harus dilakukan, sekurang-kurangnya anda diluar sana lebih berhati-hati semasa menambah nilai kredit telefon anda supaya kejadian ini tidak berulang lagi dimasa akan datang dan seterusnya.

kelemahan terhadap sesuatu yang diperkatakan memudahkan itu jika tersalah atau tersilap penggunaannya akan membawa padah.jika kita lihat diawal sistem `prepaid card` diperkenalkan...kad untuk tambah nilai kemain beso...macam kalendar poket..tetapi sekarang telah jd separuh saiznya...malah ada syarikat komunikasi yang lain dah jadi kerat 4 dah dari saiz kalendar poket. setelah itu diperkenakkan pula sistem topup yang terus bagi nombor ..dia terus masukan kedalam akaun telefon anda...bunyi nya amat mudah bukan ..tetapi inilah kelemahanya..tetapi ada kini topup menggunakan kad kena cas lebih pulak...kalu RM 5 kena tambah pulak 50sen kalu nak kad (ni yang buat aku marah...sanggup pergi kedai jauh..janji aku puas hati...mencekik darah namanya...)kalu masuk terus leh pulak tak de cas extra...
itu belum kira lagi sekarang ni..kalau topup RM3 kena tambah 20sen..tidak payah ler dimarah wat penat jer..golongan ini mengambil kesempatan sebenarnya.memandangkan perniagaan komunikasi tak berapa hala ini dikuasai oleh golongan ini kerana mudah mendapatkan keuntungan.

pernah satu ketika dahulu aku bekerja di kedai topup (masa cuti semester masa diploma dulu..masa masyuk bercinta dengan adik angkat aku tu)lame giler..gaji golongan mereka lebih mahal dari golongan sawa matang ini(kesian aku...hehe)barang-barang yang terjual di kedai tersebut di beli dengan harga yang sangat murah disuatu tempat..adei luper lak...sebagai contoh housing local ler takat tahap 3310 n nokiah masa tu popular ler...ala yang pasti housing yg plastik ni...jatuh pada harga seringit jer...macam tu jugak earphone....sejak tu aku tak beli housing...tipu tu semua..dia jual kat kita kemain tekan harga tak hingat...huhu

p/s- ingat jangan sampai salah topup...kalu was2 beli kad ler....selamat...selamat msg2...dapat satu jer sms maulidur rasul s.a.w.. tu pun dari lecture ku EN NUR AZLAN...thank en...ape pun SALAM MAULIDUR RASUL...banyakan selawat..keatas Nabi junjungan kita..NABI MUHAMMMAD S.A.W

berputik dalam diam



Berputik dalam diam
Cinta suci kupendam
Kasihku nan membara
Malu atasi segala
Tak pernah ku cuba bersuara
Kita sering bersama
Tanpa mengungkap cinta
Arah dan minat sama
Dan aku jadi lupa
Kita hanyalah teman biasa

Engkau terlalu istimewa
Buat ku tiada celanya
Dikau tampan idaman semua
Tapi kucuma gadis desa yang setia
Cinta dan diriku jadi pinggitan hati
Masih adakah ruang buat diriku
Mengecap bahgia bersamamu
Akan kusetia menunggu
Ucapan cinta kasihmu
Di saat aku tersiksa begini
Fahamilah sayang

lagu ni masa zaman tingkatan satu dulu....ada cerita dari lagunya...hahaha siap penah bagi lagu ni lagi...adei..lawak tul ..nasib dah tak jumpa dah..walaupun aku sekolah men perempuan...tetapi.....hahahah...haha..lawak ler....aku memang minat azie dulu...suke lagu-lagu dia...melangkah terpaksa..pelamin angan ku musnah...kau tetap dalam angan ku...dll...sekarang tah mana tah...tah berape orang tah anaknye..

p/s- berputik dalam diam...(pejam mata n tarik nafas dalam2)...

Rabu, 24 Februari 2010

situasi


Tak tau nak mula cerita dari mana..aku terfikir perkara ni masa dok mengiang ikan tadi...nak wat macam ner...dah mmg jadi suri rumah separuh masa...hehe mungkin sejak dari bulan 12 (musin cuti sekolah)pelbagai jenis kad jemputan dan undangan ke majlis perkahwinan mahu pun ke majlis pertunanangan (tanpa kad ler)tp ada gak yg guna kad tau...jangan tak tau...of coz ler majlisnyer grand sgt uolzz....

apa yang aku fikir aku juga tak pasti...cume ada beberape perkara datang bersilih ganti....

situasi 1

bapak mertua duduk dengan anak bongsu dan menantunya orang yang terdidik dan di besarkan dibandar..menantunya tidak reti menyiang ikan sembilang...masih ada bau hanyir..tetapi bapak mertuanya tidak menegur sebaliknya mengadu pada anak dan menantunya..memberitahu tak sama macam arwah isterinya dahulu

situasi 2

seorang gadis berusia 25 tahun...telah bertunang setahun yang lepas..dan akan mendirikan rumah tangga dengan pasangan anak sulong tidak lama lagi...apabila disuruh masak..(ada yang kate tak reti)..bila disuruh buat air...dia kate air teh tau ler...air kopi tak tau....huh

situasi 3

seorang gadis bekerja kerajaan berumur sekitar 35 dan lebih...kedudukan ekonomi stabil..dari keluarga yang baik..tidak bertemu jodoh...pernah berkawan dengan seseorang tetapi beza usia yang agak jauh...keluarga lelaki kurang bersetuju alasan nanti cepat monopos..perempuan akan lebih cepat tua apabila berkahwin..

situasi 4

sepasang suami isteri ini telah berkahwin hampir 8 tahun.. telah mendirikan rumah tangga selepas tamat zaman persekolahan tetapi sehingga kini masih belum mempunyai zuriat..

situasi 5

oleh disebabkan kemarahan seorang lelaki yang telah mengikat pertunangan dengan pasangannya di masukan penjara..atas sebab bergaduh ditempat kerja...perkahwinan yang sepatunya berlangsung telah ditunda...tdak dapat dipastikan tarikhnya...kerana tunangnya masih di dalam penjara.

situasi 6

setelah mengikat pertunangan sebulan yang lepas si gadis baru mengetahui pasangannya itu membuat perangai (tak jelas naper) ada ura2 mengatakan si gadis ingin memutuskan perhubungan tersebut..

situasi 7

seorang gadis telah bercinta sekian lama telah memutuskan hubungan kerana tidak tahan pasangannya mengongkong (walaupun keluar dengan keluarganya sendiri) gadis ini jenis bukan sosial pun.

banyak lagi situasi yang berlaku yang aku ingin kongsikan tetapi cukup ler setakat itu..perkaitannya bagiku ialah melibatkan perhubungan...yang melibatkan ikatan kekeluargaan dalam masyarakat..PERJUDIAN HIDUP ini lah yang merubah cara berfikir, emosi dan tindakan seseorang dalam menjadi khalifah dimuka bumi ini..berdasarkan pengalaman melihat sahaja kadang2 tidak mencukupi...ianya perlu dinikmati..tetapi bagi aku...lebih baik belajar dari pengalaman kesilapan org dari kita yang melakukan kesilapan...agar kita tidak mengulang kesilapan yang telah orang lain lakukan..
semua ingin melakukan yang terbaik dalam perhubungan dan ikatan kekeluargaan namun tidak semua berjaya hingga ke penghujungnya..andai diberikan dugaan itu adalah manisan dan garam dalam memberi rasa dalam kehidupan yang sementara dan pinjaman ini..andai kita berjaya terdidik menjadi seorang anak yang baik belum tentu kita dapat mendidik sama seperti kita..menerima kelebihan dan kekurangan individu dalam sesebuah keluarga itu amat penting..bukan sahaja ketua keluarga harus memainkan peranan malah semua anggotanya..jadi setiap manusia tu terlalu unik ciptaanya dengan pelbagai ragam...dengan pelbagai onarnya...pelbagai sifatnya...pelbagai lakunya...segalanya bersatu dan membentuk menjadi kamu...aku...dia...mereka...

p/s- selamat bertunang kepada rakan2 yg terapat dengan jiwa ku...selamat pengantin baru kepada rakan2 yang kuat berada dalam ingatan ku...selamat bercinta kepada rakan yang dekat ngan hati2 itu.....heehehe

Jumaat, 19 Februari 2010

Rumah Bumbung Panjang Perak








Di Perak terdapat satu bentuk rumah tradisional Melayu yang berusia tua dipanggil Rumah Kutai. Rumah ini hanya terdapat berhampiran dengan tebing sungai perak iaitu di Daerah Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar

Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang. Di sudut dinding tepinya dipasang tabir layar yang dibuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu merupakan ruang yang beratap dan berlantai sebagai tempat menyimpan barang-barang.

Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang di pisahkan oleh ruang dapur yang di pisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap. Bahan-bahan binaan ialah dari kayu dan buluh. Kayu digunakan untuk tiang dan rangka bumbung manakala dindingnya dari pelupuh dan atapnya ialah Rumbia.

Khamis, 18 Februari 2010

bahana





bahana nak pergi bayar bil semalam gak...adei...luper pejabat pos baru bukak semalam...mak ai...kemain ramainyer umat manusia ...siap tunggu kat luar lagi...rasa2nya bila lah pejabat pos kapar ni nak debesarkan lagi...bagi lebih selesa kepada semua pengguna...walaupun angkanya banyak...tp ramai org tak sanggup nak tunggu lama...so tak de ler tgu lama sangat ada ler dalam 20 minit...heheh lame ler gak tu...naper org yang nak keluo masuk ASB tak guna maybank ker...bsn ker...heheh bagi pejabat pos ni terima bil2 setempat jer...kan senang...
Dulu memang ada kedai TNB...dekat deret kedai depan masjid al ansar kapar..senang nak bayar bil tak de ler lame nak tunggu tapi tutup pulak...tah kenapa tah tutup...nak kate tak ramai ...ada jer orang yang datang...tak de siksa sangat...tp dah lame pun ...masa aku pas SPM dulu...hehehe....

P/s-selesaikan bil setempat anda...heheh

Ahad, 14 Februari 2010

jubah kaler biru??



Tahniah bakal graduan Mac 2010. Surat jemputan dan maklumat KONVOKESYEN ke 12 Sidang pertama boleh diakses di http://akademik.upsi.edu.my/konvokesyen

Itu ler msg yang aku terima semalam..pengalaman kedua aku bakal konvo...dulu masa yang first..masa diploma ..masa tu aku dah start wat degree..so tak de rasa sangat..sebab lagi penat study masa diploma dari study degree...rasanya...walaupun masa degree lagi lama dari diploma...

Pengalaman diploma tidak ternilai manisnya..masa berlalu terlalu cepat...siksa amik fine art tak mungkin aku lupakan...tapi aku sangat bersyukur menjadi insan fine art...walaupun aku bukan lah aktif buat painting dan lain2 dalam fine art...cukup wat jd seorang insan yang lasak..hehe

Pengalaman degree berlalu mengikut flow....berarak mengikut angin yang sepoi2 bahasa...macam2 ragam...semua dah dewasa...heheh paham2 je ler..kepala mcm ner...tp ok ler....menarik..hehehe suke duka pahit manis...bersama selama 4 tahun...walaupun kita lum posting lagi..heheh insyaalllah ada rezekinya tu nanti...bersabar ok rakan2 seperjuangan..

Apa pun tahniah kepada semua terutama first batch VISCOM ...kerana melayakkan diri untuk mendapat IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SENI KOMUNIKASI VISUAL..(grafik, multimedia, animation n advert)..selamat berkonvo...jumpa kalian nanti ...insyaallah..

P/s- pasni tah bila lagi leh jumpa...ni pun jmp konvo nanti dah ramai bertukar status...dr bujang ker tunangan, dr tunang ker suami isteri, dr suami isteri bergelar ibu dan bapa....hehehe.....muahahaha

Khamis, 11 Februari 2010

ku menangis..



jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya

* maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

repeat *, **
repeat reff

ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

p/s- suker vokal rossa...heheh...tersentuh rasa....

Rabu, 10 Februari 2010

main asap

suatu petang sabtu bersamaan 30/1/2010..kat kebun atok..(perepat)
mula2 tak de niat pun nak g kebun...tapi oleh disebabkan ucu tertinggal pengopek kelapa tu....g ler anto dengan mak usu dan kuncu2nya...seramai 5 orang..termasuk adikku ...heheh

tak de wat pe pun....tolong kopek kelape jer...pastu main bakar2...pastu minum air kelapa sampai kenyang....hahaha







p/s- berbudi pada tanah....pahala tuk masa depan..insyaallah

Ahad, 7 Februari 2010

Cinta jangan kau pergi



Kusadari
Kesalahan ini
Yang membuat segalanya gelap jadinya

Ooohh kasihku
Kuharap kau mau
Memaafkan
Menerima
Pengakuanku

Jangan kau diam lagi
Ku tak sanggup menahan
Bicaralah kau sayang
Jiwa ini tak tenang

Reff:
Cinta jangan kau pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Cinta jangan kau lari
Apalah arti hidup ini
Tanpa cinta dan kasih sayang

Oh kasihku
Kuharap kau mau
Memaafkan
Menerima
Pengakuanku

Jangan kau diam lagi
Ku tak sanggup menahan
Bicaralah kau sayang
Jiwa ini tak tenang

Reff ..

Uhhh..uhh

Cinta jangan kau pergi.. huu
Tinggalkan diriku sendiri
Cinta jangan kau lari
Apalah arti hipup ini
Tanpa cinta dan kasih sayang (2x)


P/s- .......ermmmm titibe teringat lagu ni pulak..hehe...layan lagu slow2 lak...mungkin teringat seseorang yang dekat kat hati ketika ni...jauh dimata dekat dhati...dekat dingatan ni..aku pun tak faham....kadang-kadang rasa bodoh...kadang-kadang rasa resah...risau ....fikir apa yang sedang difikirkannya ....tindakannya ...hahaha...layankan aje rasa yang membuatkan ku bernafas amat dalam....berdebar-debar....cinta jangan kau pergi .....

Jumaat, 5 Februari 2010

RUMAH BUMBUNG PANJANG PULAU PINANG








Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang berlainan bentuk iaitu Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah Serambi Gajah Menyusu tetapi semua jenis rumah ini kian pupus. Rumah Serambi Gajah Menyusu dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya dimana bumbung ibu kelihatan lebih tinggi dari bumbung serambi. Rumah Serambi Gajah Menyusu, bumbungnya kelihatan tinggi rendah seperti seekor gajah sedang menyusukan anaknya.

Rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala komponen bangunanya terdiri dari rumah ibu dan dapur. Pembahagian ruangnya terdiri dari ruang rumah tangga, terletak dihadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur. Bahan-bahan rumah ialah dari kayu seperti Cengal dan Meranti manakala atapnya dari Rumbia.

Isnin, 1 Februari 2010

RUMAH BUMBUNG PANJANG KEDAH








Di Kedah rumah panjang kedah hampir sama bentuknya dengan rumah panjang perlis kecuali sekadar perbezaan pada susunan ruangnya sahaja. Rumah panjang kedah berbentuk memanjang, bumbungnya panjang lurs mendatar menggunakan tabir layar yang diperbuat dari pelupuh berbentuk tiga segi atau huruf ’v’ terbalik. Bumbung dapurnya rendah sedikit dari bumbung ibu seakan-akan kelihatan seperti bumbung rumah gajah menyusu yang terdapat di Pulau Pinang.

Rumah panjang kedah terdiri dari beberapa ruang iaitu ruang leper dan ruang rumah tangga terletak dihadapan, manakala ruang tengah, serambi, sama naik, bilik dan ruang dapur terletak dibahagian belakang. Rumah ini mempunyai banyak tiang dan biasanya lebih daripada 20 batang tiang pada rumah ibunya. Bahan-bahan binaan rumah ialah Cengal, Meranti, Damar laut, dan buluh manakala atapnya diperbuat dari Rumbia, Nipah dan genting Senggora.