aku masih lagi bukan pencerita...rasaku...naluriku..hatiku...terus ingin merasa kata tanpa bicara..berkongsi kerana yang membaca bukan bibirmu tapi terus sampai ke hati mu..
Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan sedikit sebanyak menyerupai bentuk rumah adat yang terdapat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya sedikit melengkung di sebelah hujungnya. Muka tabir layarnya kelihatan tirus dan tinggi. Komponen bangunanya terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Rumah ibu mengandungi ruang serambi dan anjung. Rumah tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan sebuah bilis.
Terdapat rumah-rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau loteng. Ruang tersebut ádalah merupakan tempat tidur anak-anak gadis dan juga tempat simpan barang-barang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan