love

love

Rabu, 5 Disember 2012

Wreck it ralph

Tersenyum tatkala melalui perjalanan kehidupan ini...bila menghadapi masalah atau dugaan pastinya terfikir...dimana silapnya?? kenapa berlaku pada aku?? apakah punca segala yang berlaku?? sebabnya?... kenapa aku perlu memikirkan semua itu..kenapa kita akan terfikir perkara2 sebegitu sedangkan apalah sgt jangkauan akal fikiran kita sebagai seorang manusia yg lemah....

bila balik dr tengok cerita Wreck-It Ralph membuatkan aku berfikir...aku kan suke gitu...ape tah yg membuatkan aku tgok cite kartun tu ari ni..aku pun tak tau...layan je ler...dr aku meroyan rindu lagi tak bagus kan..hehe cerita tu tentang watak ralph tu...dia watak jahat dalam game tu...kerjanya menghancurkan jer...semua...sedangkan dia tak nak jadi jahat...dia nak dhargai seperti fix yang akan membaiki segala kerosakan yg dilakukannya...dan dihargai oleh semua..sehingga membuatkan dia keluar dari gamenya masuk dalam game orang lain semata-mata untuk mendapatkan pingat..bayak perkara yg di laluinya untuk mengekalkan pingat untuk di bawa pulang supaya boleh ditunjuk kepada semua...sehingga dia membantu merialisasikan impian ................... sehinggalah dia sedar watak jahat itu sudah fitrahnya....dia kena terus menjadi watak itu jika tidak game box tersebut perlu dilupuskan............. nak tau cite tgok ler sendiri ...bagus cite ni..hehe

kehidupan kita pahit atau manis...mudah atau payah....berjaya atau tidak..Semua yang berlaku seperti fitrah Nya...perjanjian kita sejak dilahirkan Allah telah menjanjikan seluruh perjalanan yang terbaik buat kita dan mungkin baik untuk orang lain bagi dijadikan peringatan, pengajaran dan sebagainya. Adakalnya kita tak nak jadi seperti itu...tp perjalanan kehidupan itu sering tidak membantu...kita selalu merancang tp tidak semua apa yg dirancang menjadi sepertinya... Allah tidak memberi semua seperti yang dijangkau akal dan fikiran kita...kerana kita hanya manusia...hamba yang lemah...kenapa apa yg kita fikir tak sama ngan org lain fikir...jika semuanya sama apa yg berbezanya kahidupan kita ngan yg lain....adakalanya kita rasakan kehidupan kita telah baik..sebenarnya kita sentiasa memerlukan nasihat.... walaupun yg memberinya tanpa kita perlukan... positiflah...kerana org menyampaikannya sebagai perutusan Allah...dia hanya penyampai...selebihnya dr Allah agar kita menjadi lebih baik dari apa adanya sekarang... bersyukur kerana kita masih bernafas....esok belum tentu... jangan dikejar harta dunia....kerana engkau tidak akan pernah puas... cukup jika kau memiliki insan yg mampu menagis dimasa susah dan senangmu... itu yang terindah....yg masih tidak mampu aku miliki...

jika ini jalan yg perlu aku tempuh...hidup sebagai azidah... aku ingin sekali lagi menjadi azidah....dan akan aku berusaha untuk menjadi yg terbaik...walaupun ku pasti...pasti ini jua jalan yg bakal aku tempuhi...kerana telah termaktub kau NOOR AZIDAH BINTI ALI..... menjadi dirimu ..kerana itu dirimu... adakala tersungkur dkala tersandung...dan adakala tersenyum walaupun hatimu menagis... kau tidak akan mampu merubah apa2...tapi kau perlu berusaha dan tidak akan berputus asa.... walaupun tiada perkataan yang mampu kau katakan kelak.... harap salji akan turun walaupun musim tengkujuh..........

p/s- org yg penakut sahaja yg tidak akan bertarung..merebut..mempertaruh untuk memiliki sesuatu...jangan jadi manusia yg mudah melepaskan apa yg dipegang....hanya dengan kata...kau pengecut.. jangan pernah mengalah sebelum berjuang....



2 ulasan:

Unknown berkata...

Terbaik...

Unknown berkata...

hehe tu yg malaz kalu dah start menulis...panjang lebar