Tanpa kita sedar, dengan menangis kita boleh mengeluarkan masalah dan menenangkan fikiran. Dengan menahan dari menangis, peredaran darah seseorang itu ke otaknya menjadi tidak stabil dan menyebabkan kegagalan mengawal emosi negatif seperti kemarahan.
Banyak sebab yang mungkin menyebabkan anda menangis, namun ianya adalah salah satu penawar bagi kita. Apa baiknya jika anda menangis?
Membantu Penglihatan.
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang bisa membuat penglihatan menjadi kabur.
Mengeluarkan racun
William Frey, eorang ahli biokimia telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar hasil daripada tangisan kerana emosi ternyata mengandungi racun. Ini bermakna, racun dikeluarkan dari badan setiap kali kita menangis selepas bergaduh dengan teman (lealaki/wanita) atau suami dan isteri.
Membunuh bakteria
Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis mampu menurunkan tahap tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan tekanan? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi
Melegakan perasaan
Semua orang rasanya akan berasa sedemikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega di hati. Setelah menangis, sistem saraf, peredaran darah, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam karena Anda boleh menangis tanpa tertahan dengan penuh perasaan negatif.
Membangun sifat komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang membangunkan sebuah sifat komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan mereka nasihat, dan hal ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.
P/s: mengapa aku menangis....
Hello!
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan