love

love

Jumaat, 20 Ogos 2010

Hey, soul sister



p/s- layan jer k..huhuhu

Khamis, 19 Ogos 2010

luahan hati 9 ramadhan

hari ini aku balik kapar...sajer jer balik dah alang2 dapat peluang balik....sampai jer rumah tadi dekat pukul 6 lebih jugak terus ajak alang g BAZAR RAMADHAN....duk kat kampong jawa jarang keluo maklumlah nak menumpang orang kan...payah jer rasa...nak g depan tu pun malas sungguh rasanya..g sekolah pun jalan kaki..tapi kurus tak jugak..nanti jadi cam semalam berbuka roti jer...rasa cam anak terbuang pulak..hehehe kenape ler my baby tak keluo2 lagi ni..dah nak dekat sebulan dah...tak kan nak tgu lepas raya pulak..dah ler raya tak bergaji ...paling tak leh merayap kan..heheh

hari ini merupakan hari yang ker sembilan kita berpuasa bersamaan 19 /8 /2010..tp tak tau per yang menyelerakan nak kate dah puas makan bulan puasa ni tak jugak...samapi je terus terpandang popia kuala selangor...walau pun tak pernah beli tp ada org yg mengingatkan aku pada kuala selangor dan kenangan yang sewaktu dengannya...maklumlah kampung umi kan kat ASSAM JAWA ......ramai gak orang beli..huhu

sedang asyik berjalan...aku ditegur oleh seseorang yang dh lama tak bersua muka...hanya nmpak mukanya dimuka buku jer....kenapa aku rasa terkejut...mungkin sbb tak sangka dia nak tegur....tapi aku rasa berdebar...tu ler yang aku selalu rasa....ada kenangan antara aku dan dia ...aku dpt tgok dia senyum....huhuhu terus jadi mengelabah..hahahah aku hanya mampu tersenyum....

dah tu aku dan alang pergi ler melepak kat gerai roti john acik shikin n acik atan aku ...huhuu rupanya en 'a' pun ada..heheheh en a yang sentiasa mencari modal untuk membahan....aper itu bahan..heheh en a yang dia cari oleh cik a......hahahahah (mati aku)......tuk nak jadikan cerita seseorang itu pun berada disana...tapi seperti biasa tiada patah perkataan yang perlu dibicarakan disituasi bergitu....

sms berbunyi....orang tu rupanya...tetapi aku tak de rasa pape pun...aku terus hanyut dan terawang2....akhirnya aku berlalu dengan senyuman...tiada juadah yang mampu menjadi hidangan tekak dan pandangan pilihanku....aku dah kenyang dengan santapan mata...akhirnya susu segar dan cabury zip menjadi pilihanku...roti john yang ku beli hanya menjadi kiriman mak usu..huhuh

aku terlalu berfikirkah...segalanya tidak mudah bagiku....aku tak segagah yang disangka....huhuh dah berbuka sakit perot yang terlampau..huhuhu .....masa untuk berehat......selamat malam semua

p/s- tq

Isnin, 16 Ogos 2010

kekanda & adinda



Lirik Lagu Kekanda Adinda – Monoloque & Atilia

Verse 1

(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Chorus 1:

(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata
(P) Dinda belum bersedia
(L) Kanda dah beria ria
(P) Jadi yang mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Verse 2:

(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati, tak rela dikongsi

Chorus 2

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa
(P) Itu yang Dinda harus berwaspada
(L) Ini semua demi masa depan keluarga
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam
(P) Dinda kerja siang
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Bridge:

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

Verse 3

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

Chorus 3

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
(L) Kanda polar kutub Utara
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yang kita perlu
(P+L) Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

coda*

(L) Walau kita sering dgn cara masing2
(P) Kanda yang Perdana
(L) Dinda yang Utama
(P) Kanda segalanya
(L) Dindalah nyawa
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama-sama
bahagia bersama
bersama selamanya
bahagia selama-lamanyap/s-biasa tp nice seh...huhuh layan yek...tuk kekanda2 dan adinda2..heheheh and tuk my sayang..huhuhu..take care

Ahad, 15 Ogos 2010

Solat Rawatib

Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu.

Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
Sunat Rawatib yang "Muakkad"
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".

Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
Ba'diah (selepas Solat Fardhu)

Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :

1. 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
2. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
3. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
4. 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
5. 2 Rakaat selepas Isyak.

Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut :

1. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor�
2. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
3. 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
4. 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
5. 2 Rakaat sebelum Isyak.

DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI.

Sabda Rasulullah s.a.w :



عن عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة

(متفق عليه)

Maksudnya : Dari Abdullah bin Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh."

(Muttafaq �alaih)
NIAT SOLAT RAWATIB

1. Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : قَبْلِيَّةً
2. Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : بَعْدِيَّةً

Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :

أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.

Khamis, 12 Ogos 2010

RAMADHAN...

selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa



p/s- selamat menjaga ibadah puasa semua...take care k

Jumaat, 6 Ogos 2010

cerita tersimpan

salam....apa khabar?? harap semuanya seperti biasa dan masih seperti dulu...tak de apa yang berubah...(cam penah dego ayat ni)...
diam tak diam sudah 3 minggu aku berada dilokasi baru...sangat baru dalam hidup ku...sesuatu perjalanan bermula tanpa dirancang apatah lagu untuk ku duga sebegini....hari2 yang kutempuhi terasa kepayahannya...tetapi inilah yang ku nginkan sejak dulu lagi...bertimpa2 kejutan yang daku terima...dari gurauan dan senda akhirnya bertukar tangisan yang bersendu....

Pada tanggal 19hb julai 2010....aku mula dtempatkan bertugas di SEK MEN KEB KG JAWA,KLANG,SEL..sesuatu diluar jangkaan cerita dan ucapan tahniah asalnya lenyap dari ingatan...hanya yang terlintas kesedihan dan hati yang meronta-ronda...ku terus mencari hala tuju...pangilan demi pangilan membetulkan keadaan yang samar...akhinya aku akur...disitu tempat ku...

Langkah pertama ku terasa berat bagai bertimpa beban yang ku tanggung...menjejakkan kaki disitu terdengar kemeriahan yang bernama sekolah...bertemankan bangunan tampak usang kerana catnya telah luntur dibawa hujan....senyuman yang ku titipkan tidak semua yang mengukir....anak2 dan bakal anak2 ku berkeliaran seperti terlepas dari kandangan yang tidak pasti...ponteng sekolah....ponteng kelas...seluar cikang...baju tidak drapikan dengan kemas....tak bawa buku teks...tak bawa nota.....beg ringan seperti tidak membawa buku...dah loceng masuk pun masih ada yang melangkah lemah ke tempat perhimpunan ...kenapa semua ini terjadi....sangat menambahkan kegusaran pada jiwa yang halus ini...

Minggu pertama ku lalui dengan penuh tidak keikhlasan hati...semuanya berat dan payah bagi ku...mentor di sebelah ku belum lagi mengukir senyuman yang paling ku harapkan...inikan pula menjadi tempat bercerita....berpandukan pelan sekolah ku gagahi menjaga anak2 ini mengambil MIBF (modul item berfokus-PPD)....agak gusar hatiku...periksa seperti tidak periksa...YA ALLAH lindungilah aku ... kuatkanlah aku untuk menghadapi segalanya....aku tidak mampu....

Minggu kedua perjalanan aku diteruskan apabila menyewa rumah...kerana masalah pengangkutan yang ku hadapi....alhamdulillah jalan itu mudah bagiku...mnggu yang ku lalui semakin kurang ranjaunya...tetapi aku masih rasa seperti janggal dan ganjil segalanya...semuanya semakin mesra, membantu mentor menyediakan kertas peperiksaan dan segala tugas baru ku lalui.....mengambil jadual cikgu cuti bersalin untuk mengajar sejarah sekali lagi membuatkan ku berasa tercabar...dan terus mencuba yang terbaik

Minggu ketiga ...tidak semena2 mataku sakit....baru bertugas dua minggu aku bercuti sakit....dah tu tak kan nak biokan mata yang bengkak tu pulak kan.....segalanya semakin lancar dan mudah...walaupun anak2 masih ada yang luar kawalanku...

Sifat keanak2kan, inginkan perhatian, perasaan merasa dewasa.....semua tu antara punca pelajar tidak menghormati guru..tak kesahlah...aku kan baru pada mereka...masuk kandang kambing mengembek ler....tak kan tu pun tak paham2...banyak yang perlu dilakukan untuk menaikan sekolah dari semua aspek...

Semua yang kulalui membuatkan emosiku adakalanya ok adakalanya tidak...ku lupakan semua yang minor dalam hidupku...sehinggakan aku benar2 rasa kekusutan dalam hidupku..namun aku tetap bersyukur jalan aku masih dilohongkan kepada semua arah jalan yang ingin ku tuju...tidak pernah terpesong walaupun seinci....dan kini usahaku perlu berganda untuk meneruskan segalanya.

p/s...permudahkan lah urusan dunia ku...