love

love

Ahad, 13 November 2011

password oh password

Akhir2 ni mudah sgt jd manusia yang perlupa...kenapa??? password blog ni ler paling byk kali tukar sejak mula dihasilkan...kenapa?? tah...aper yg payah sgt tah...kenapa diwujudkan password???? nape tak guna cara lain tuk mengesan identiti kita..hahaha tu dah mengarut ler tu...tanda2 tidak boleh berfikir secara waras ari ini...harap2 pasni tak lupa dah....kerana itu dan ini...kerana saya dan dia...kerana kamu dan kami...kerana sy saja yg memahaminya....yg jelas tak semestinya elok...yg tersembunyi tu dah pastinya rahsia...hehehe ape yg kau merapu ni da???

p/s- tiada satu moment pun sy mampu lupakan dia.....apa balasan tuk sy kelak....tq kerana menciptakan liku2... Allah pasti ada...kerana itu janjiNya dan itu rahsiaNya...

Ahad, 6 November 2011

Resepi mee sizzling



Bahan-bahan

2-3 sanggul ( gulung ) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering )- rendam sehingga agak lembut dan potong 4..mahal tp berbaloi2.heheh
1 keping dada ayam - potong mengikut citarasa
3 biji cili kering - potong 2..lebih pun tak per..pedas sikit
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia - hiris nipis
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan...tak letak pun sdp jer..hahaha
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara

Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yang telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
Masukkan cendawan serta sayur² lain - tunggu 2 - 3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik - jangan banyak²...
Akhir sekali, masukkan yee mee - biarkan sebentar & hidangkan panas².

p/s..sedap2....resepi ni dapat kat internet gak...tp ubah ler ikot kesesuaian jiwa n tekak...selamat mencuba...nyummmm...