love

love

Khamis, 19 Mei 2011

Rumah Bumbung Panjang Johor (Johore Long Roofed House )









Di Johor terdapat rumah-rumah berbentuk limas, mudah dikenali kerana bumbungnya mempunyai perambung panjang dan bersambung dengan empat buah perambung limas menurun kecucuran atap. Di hujung cucuran atapnya dihiasi dengan ukiran-ukiran. Rumah jenis ini terdapat di Daerah Pontian.

Ciri-ciri untuk mengenali rumah ini ialah pada puncak bumbungnya dipasang kayu yang berbentuk tajam dipanggil Tunjak Langit. Rumah jenis ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan bahagian hujung serambi ialah ruang anjung. Ruang serambi ini dipisahkan oleh dinding dengan ruang ibu rumah. Manakala ibu rumah dan rumah dapur dipisahkan oleh ruang selang atau selasar. Bahan binaanya ialah dari kayu Cengal, Keranji, Penak, Meranti dan sebagainya.

Tiada ulasan: