salam...pe khabar? lame sungguh rasanya tidak berkongsi rasa....terlalu sibuk dengan mengejar dunia...cinta dan cita-cita...sehinggakan ada perkara yg terabai dalam hidup ini... aku kini meniti hari2 yg kurasankan teman hidupku...tidak lagi berharap kepada sang pencinta yang memberi harapan....aku kecewa dengan hidupku...tidak mampu dan gagal dalam hidup berteman....mungkinkah aku sememangnya ditakdir tidak mampu berkongsi hidup dan rasa bersama2 insan disekelilingku...kenapa semuanya perlu menjadi rahsia...tidak dijelaskan pada ku...tidak dinyatakan dlam bentuk kata2 atau perkataan supaya aku lebih jelas dengan perkara yang hendak dituju...kini aku hanya meniti hari...dengan penuh rasa pengharapan yg akan terus membawa aku hanyut............
aku tidak mampu lagi berbicara tentang hari esok...tentang apakah impian ku seterusnya...apakah yang aku kejar dalam kehidupan yang sementara ini...mungkin aku masih berfikir tatkala kesihatan ini belum dijamah usia...aku bukan masih kanak2 untuk berbicara perkara yang tidak jelas...dan tidak juga aku insan matang dalam kehidupan kerana dengan secebit kepayahan hidup aku tidak mampu bertahan..
kesedihan itu tidak lagi asing dalam penantian hari2 ku yang penuh dengan ketawa, senyuman, kesibukan dan kelekaan..dalam gembira aku mampu menagis...memori datang dan pergi..tiada dapat ku hitung berapa kali langkahnya...berapa kali usikannya...berapa kali sendu sedan itu...pelangi yang ku cari tidak muncul tiba kerana sentiasa menanti selepas hujan turun...
kesibukan dunia penaku membuatkan aku melangkah tanpa henti...berlari kala dikejar...bersukan dikala pendidikan jasmani...melukis dikala pendidikan seni...memerah otak dikala mengingati fakta sejarah...aku bersyukur kerana masih diberi hayat yg panjang...kesihatan yg sentiasa diuji bagi menghapus dosa2 kecil...segalanya tidak semudah berjalan dijalan raya...adakalanya perlu ku lalui padang rumput yang kering selepas diracun...adakalanya padang rumput yang berlopak dan lecak....tak kurang juga tumbuh melata pokok semalu...
kenangan itu tak mampu ku lupakan...pokok yang ku jaga dipanah petir...rantingnya patah...pokonya layu....tapi kutahu ia tidak akan mati ..kerana aku sentiasa membajanya...walaupun di tut dengan benih yang lain tidakkan sama capah pohon itu...aku akan terus berdoa pokokku akan terus subur..tidak dimamah hari ...kerana dibawah pohon itu selalu aku luahkan rasa hati ku...jiwa ku...tangisanku...tawaku...selamanya...
rindunya aku pada kesibukan kota..meniti hari2 bersama warganya yang leka ...yang leka mengejar cinta dan cita2....kerana tidak semua yang kita harap akan dapat kita kecapi dengan mudah dan sekelip mata...yang pasti jangan berubah untuk menjadi diri sendiri selamaya...selamat malam semua...selamat menjalani kehidupan ari esok dan seterusnya AZIDAH ALI...kerana dirimu adalah diriku...kita akan bersatu selamaya...meneruskan kehidupan tanpa impian...tanpa mengejar cinta dan cita-cita...kerana selepas ini...kau perlu hidup dalam keadaan yang tidak terduga dibenakmu selamanya...
p/s-tak pasti apa dicoretkan....
Hello!
2 tahun yang lalu