love

love

Ahad, 13 November 2011

password oh password

Akhir2 ni mudah sgt jd manusia yang perlupa...kenapa??? password blog ni ler paling byk kali tukar sejak mula dihasilkan...kenapa?? tah...aper yg payah sgt tah...kenapa diwujudkan password???? nape tak guna cara lain tuk mengesan identiti kita..hahaha tu dah mengarut ler tu...tanda2 tidak boleh berfikir secara waras ari ini...harap2 pasni tak lupa dah....kerana itu dan ini...kerana saya dan dia...kerana kamu dan kami...kerana sy saja yg memahaminya....yg jelas tak semestinya elok...yg tersembunyi tu dah pastinya rahsia...hehehe ape yg kau merapu ni da???

p/s- tiada satu moment pun sy mampu lupakan dia.....apa balasan tuk sy kelak....tq kerana menciptakan liku2... Allah pasti ada...kerana itu janjiNya dan itu rahsiaNya...

Ahad, 6 November 2011

Resepi mee sizzling



Bahan-bahan

2-3 sanggul ( gulung ) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering )- rendam sehingga agak lembut dan potong 4..mahal tp berbaloi2.heheh
1 keping dada ayam - potong mengikut citarasa
3 biji cili kering - potong 2..lebih pun tak per..pedas sikit
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia - hiris nipis
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan...tak letak pun sdp jer..hahaha
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara

Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yang telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
Masukkan cendawan serta sayur² lain - tunggu 2 - 3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik - jangan banyak²...
Akhir sekali, masukkan yee mee - biarkan sebentar & hidangkan panas².

p/s..sedap2....resepi ni dapat kat internet gak...tp ubah ler ikot kesesuaian jiwa n tekak...selamat mencuba...nyummmm...

Isnin, 31 Oktober 2011

Batik


batik?? mencanting?? apa?? apa bahan dan peralatan??

Khamis, 13 Oktober 2011

kesibukan dan kekalutan

lama sungguh rasanya tidak berkongsi rasa...sejak tidak lagi berkongsi rasa....rasa dan perasaan ini semakin tidak terarah....tercari2 jalan dituju...terngiang2 kata tak berhala....tersendu2 meratap kasih...namun masa tak mungkin berundur...hidup perlu diteruskan...meniti segala yg tersilap dan terbaik yang pernah dilalui...adakala gembira itu hanya pinjaman...impian itu hanya mainan....harapan itu hanya ajukan...berfikir itu adakalanya membanggakan adakalanya merebahkan...walaupun tidak tersungkur tetapi itu perjanjiannya....mudah bila ia ingin memudahkan....sukar bila ianya ingin kan kesulitan itu...bila berkata itu dikatakan menyesatkan....bila membisu itu dikatakan kelemahan...yang gagah itu tidak terus tersergam...dan yg lemah tidak semestinya dilanda badai....sesat di dalam hutan adalah lebih berjiwa dari bila sesat didalam bandar....kebodohan tak mampu ditempelak...tetapi kepandaian tidak selalunya kan singgah....bila biru tidak lagi warna yang mendamaikan....bila hijau sentiasa diaggap musuhnya....bila kuning tidak lagi yang di tulahkan...bila merah bukan lagi lahirnya pahlawan.....jika putih itu adalah jiwanya...apa pula palitnya hitam disisi...perlukah kelabu meratap sedih kerana memerlukan bantuan untuk untuk terus berada disitu...
usia itu bukan ukuran...yg tua tidak semestinya ayah dan yg muda bukan sentiasa menjadi anak...kerana akal hanya meniti2 di titian yang sempit...terkedek2...tak mampu berlari kearah yang pasti...akal yang penat akan terus berfikir dimana hala dan alasan untuk berlari...berlari bukan untuk membaiki lari sebagai pengecut tanpa mampu memandang...
cahaya yang dipadamkan itu semakin suram tanpa minyak tanah yang membakar...tetapi hangatnya masih ada...kerana kesalahan itu bukan hukuman tetapi permulaan...

Rabu, 3 Ogos 2011

Selasa, 2 Ogos 2011

KEMURUNGAN

kemurungan adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Individu murung didapati mengalami perubahan dalam kimia otak. Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan. Selain persekitaran, faktor keturunan juga memainkan peranan didalam menyebabkan penyakit ini. Walaubagaimanapun tidak semua individu begini akan mengalami kemurungan. Kemurungan juga boleh dialami individu yang tidak ada sejarah keluarga.

Sindrom kemurungan adalah penyakit 'seluruh jasad', melibatkan kesihatan badan anda, perasaan dan fikiran. Ia juga menjejaskan tabiat makan dan tidur, fungsi seharian dan proses berfikir anda.
Simtom Kemurungan :

Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan
Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokkan
Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa
Perasaan bersalah dan tidak berguna
Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur
Hilang selera makan dan penurunan berat badan
"Rasa lebih baik mati", kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri
Rasa tidak tenteram dan mudah marah
Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan
Simptom-simtom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghazaman

Individu yang mengalami kemurungan yang teruk akan mengalami gangguan baik di tempat kerja maupun di rumah atau kehidupan bermasyarakat.

Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif. Rawatan ini termasuklah penggunaan ubat antidepressant, terapi elektrokonvulsif (ECT) atau kaedah psikoterapi berupa terapi kognitif.
BANTULAH DIRI ANDA DENGAN :

- Bertimbang rasa terhadap diri anda - jangan bercita-cita melakukan sesuatu yang tidak mampu.
- Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda rasa selesa.
- Elakkan diri membuat keputusan besar ketika masih dalam kemurungan.
- Jangan menyalahkan diri anda keran lemah - kemurungan adalah satu penyakit yang boleh dirawat dan bukan satu kelemahan.
- Bina harapan - episod kemurungan bukan kekal dengan rawatan yang sesuai hampir semua orang akan sembuh.

Rakan dan keluarga boleh membantu dengan mempastikan individu yang mengalami kemurungan mendapat pertolongan dan rawatan yang sesuai. Perkara kedua yang penting sekali ialah memberi sokongan emosi, kasih sayang, kesabaran, galakan dan kefahaman. Mereka tidak boleh dianggap sebagai mengada-adakan sakit atau pemalas dan mereka tidak boleh diharapkan untuk sembuh dengan segera - penyakit kemurungan memerlukan masa dan kesabaran baik pada pesakit maupun pada anggota keluarga.

p/s...

Jumaat, 15 Julai 2011

kembalikan...



p/s-kembalikan dia untuk ku........