love

love

Ahad, 18 Disember 2011

Kisah Ka'abah


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Jalinan rakyat


hari ni mmg berat aku nak g event tu...sblum g tu aku siap g maxis centre lg...pnyer ler mlz nak g....tp gagahkan g jugak sbb dah janji dengan orangkan....terpaksa juga ler..smpai jer...aku terus duk kat tempat duduk dpn tempat aku park kereta....mataku terarah ke jalan...titibe2 muncul bayangan yg aku nanti selama ini...susuk badan yg cukup aku kenali...mustahil aku lupa segalanya...aku menjadi berdebar2...duduk ku tidak lg myenangkan...fikiran ku tidak lagi disitu...pelbagai yang direncanakan oleh otak....namun aku tidak mahu mengulangi kesilapan yg cukup membuatkan langit ini keruh...aku dapat rasakan dia juga dapat rasa kewujudanku...mungkin kereta aku tak mampu untuk dia lupakan...bkx 7357...mmg dia jer yg pernah bawak selain abah...sampaikan kereta tu pun aku tinggalkan kat dia...huh..dia pun bagaikan tidak petah lg bertahan...apa yg difikirkanya??? tidak pernah terlintas aku ingin myakitinya...janjiku...aku tak kan bertindak bodoh....kerana aku terlalu mnyayanginya..aku lihat dia melangkah keluar...cara jalannya pun cukup aku igat...mungkin panas di hari gerimis...
aku terus memujuk hatiku....ikutkan hati mati..ikutkan rasa binasa....aku pun duduk di tempat yg sepatutnya....aku cuba mgawaldiriku....mengapa aku rasa berdebar sejak melihatnya....hati ku tak keruan...serba tak kena...aku bagaikan diduniaku....bagaikan filem ulangan....segala saat indah yg ku lalui...keluar di skrin minda...nasib hujan dibening mataku tidak mencurah....bagaikan ingin sujud syukur dengan ape yg telah diberi...kesabaran...kekuatan...yg tak tahu dari mana dtgnya....
semua diminta berdiri mnyanyikan lagu Negaraku...yang pastinya sangat bermakna kepada rakyat malaysia...mata ku terarah kepadanya..kebetulan tempat dia berdiri tepat terarah kepada mataku....Ya Allah....terlalu teguh janjiMu... sepanjang nyanyian itu....mataku terpukau kearahnya...aku dpt menatap wajahnya..matanya..hidungnya...bibirnya ..tidak akan ku lepaskankan peluang wlpun seinci melihat dirinya wlupun tiada senyuman...wajah serius itulah yang aku rindu...yang meruntun jiwaku...doa siang dan malamku lembutkan hatinya...
sesudah irama lagu negaraku yg kurasakan hari ini terlalu singkat...dia hilang dr pelukkan mata...jiwa dan mindaku tidak mampu menerima ucapan yg berbakul maklumat dan penambah semangat ummah...aku hilang dalam duniaku...aku lihat dia mengambil gambar....titiba2 dia ambil gambar tidak jauh dariku...aku hanya melihatnya....dia masih bergitu...dengan perjuanganya yg tidak pernah berakhir...
tiga kurasakan begitu lama...hendak ku cari bayangku....aku risau aku tak nak dia tidak selesa...aku cukup kenal dia...aku tak nak silap lagi...kalau aku tak mampu bahagiakan insan dikelilingku....cukuplah aku buat dia bahagia dengan dunianya...walaupun kerinduan ini hanya Allah yg tahu....nasihat berputus asa telah berbakul aku kecapi...tp hati ini buta...hati ini redha...hati ini tersiksa...
setelah majlis berakhir...dia hilang bersama hujan yang lebat....aku tau dia tak kan berada berdekatan dengaku....mataku terus mencari...air yg ku teguk hilang manisnya...kuih yg ku jamah hilang rasanya...mataku terus mencari...aku tau hatinya juga tidak tenang...kalu dia mampu lari...aku pasti dia lari...setelah aku masuk kedalam kereta...aku nampak dia didalam kereta...masakan aku tak nampak...aku pandang tanpa henti...aku nmpak dia cuba menyorok wajahnya yg dijamah oleh mataku dr tadi....aku berlalu..walaupun ku tahu matanya pasti melihat keretaku berlalu...apa yang aku tahu..jika Allah menjodohkan aku dengan dia....dia akan tetap menjadi jodohku...jika tidak aku perlu redha kerana dia bukan pemilik tulang rusuk yang ku cari..tetapi jika dia pemiliknya....Kau permudahkanlah Ya Allah...sesungguhnya aku insan yg lemah...yg telah melakukan dosa2 besarMu..yg selalu gagal mengawal nafsuku dr segala kesilapan dunia...aku bukan wanita yg baik yg telah diciptakan...mungkin aku bukan yang terbaik untuknya....kau berilah peluang aku berkongsi hidup dengan insan yg aku sygi...aku pernah kehilangan dulu...jgnlah kau tarik semua yang aku sygi...tetapi jika itu perjanjian aku lahir kedunia ini dahulu...kau bahagiakanlah hidupnya....kau permudahkanlah rezekinya...kau berikanlah kesihatan yang baik untuknya...kerana aku tak mampu bahagianya....


p/s ...... ......
17/12/2011
2.46 am

Khamis, 15 Disember 2011

lupa paswood lg..

dah nak lpa kan ...nak wat mcm ner..bukan sengaja pun...lg2 musim cuti sekolah ni byak benda yang nak dibuat....tau2 cepat jer masa berlalu....yang senyap pun dah 5 bulan...mesti semua benda dia dah lupa...semua yg aku syg akan tinggalkan aku..tak leh nak tulis lg...kaca mula berderai..nite semua

Ahad, 13 November 2011

password oh password

Akhir2 ni mudah sgt jd manusia yang perlupa...kenapa??? password blog ni ler paling byk kali tukar sejak mula dihasilkan...kenapa?? tah...aper yg payah sgt tah...kenapa diwujudkan password???? nape tak guna cara lain tuk mengesan identiti kita..hahaha tu dah mengarut ler tu...tanda2 tidak boleh berfikir secara waras ari ini...harap2 pasni tak lupa dah....kerana itu dan ini...kerana saya dan dia...kerana kamu dan kami...kerana sy saja yg memahaminya....yg jelas tak semestinya elok...yg tersembunyi tu dah pastinya rahsia...hehehe ape yg kau merapu ni da???

p/s- tiada satu moment pun sy mampu lupakan dia.....apa balasan tuk sy kelak....tq kerana menciptakan liku2... Allah pasti ada...kerana itu janjiNya dan itu rahsiaNya...

Ahad, 6 November 2011

Resepi mee sizzling



Bahan-bahan

2-3 sanggul ( gulung ) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering )- rendam sehingga agak lembut dan potong 4..mahal tp berbaloi2.heheh
1 keping dada ayam - potong mengikut citarasa
3 biji cili kering - potong 2..lebih pun tak per..pedas sikit
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia - hiris nipis
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan...tak letak pun sdp jer..hahaha
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara

Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yang telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
Masukkan cendawan serta sayur² lain - tunggu 2 - 3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik - jangan banyak²...
Akhir sekali, masukkan yee mee - biarkan sebentar & hidangkan panas².

p/s..sedap2....resepi ni dapat kat internet gak...tp ubah ler ikot kesesuaian jiwa n tekak...selamat mencuba...nyummmm...

Isnin, 31 Oktober 2011

Batik


batik?? mencanting?? apa?? apa bahan dan peralatan??

Khamis, 13 Oktober 2011

kesibukan dan kekalutan

lama sungguh rasanya tidak berkongsi rasa...sejak tidak lagi berkongsi rasa....rasa dan perasaan ini semakin tidak terarah....tercari2 jalan dituju...terngiang2 kata tak berhala....tersendu2 meratap kasih...namun masa tak mungkin berundur...hidup perlu diteruskan...meniti segala yg tersilap dan terbaik yang pernah dilalui...adakala gembira itu hanya pinjaman...impian itu hanya mainan....harapan itu hanya ajukan...berfikir itu adakalanya membanggakan adakalanya merebahkan...walaupun tidak tersungkur tetapi itu perjanjiannya....mudah bila ia ingin memudahkan....sukar bila ianya ingin kan kesulitan itu...bila berkata itu dikatakan menyesatkan....bila membisu itu dikatakan kelemahan...yang gagah itu tidak terus tersergam...dan yg lemah tidak semestinya dilanda badai....sesat di dalam hutan adalah lebih berjiwa dari bila sesat didalam bandar....kebodohan tak mampu ditempelak...tetapi kepandaian tidak selalunya kan singgah....bila biru tidak lagi warna yang mendamaikan....bila hijau sentiasa diaggap musuhnya....bila kuning tidak lagi yang di tulahkan...bila merah bukan lagi lahirnya pahlawan.....jika putih itu adalah jiwanya...apa pula palitnya hitam disisi...perlukah kelabu meratap sedih kerana memerlukan bantuan untuk untuk terus berada disitu...
usia itu bukan ukuran...yg tua tidak semestinya ayah dan yg muda bukan sentiasa menjadi anak...kerana akal hanya meniti2 di titian yang sempit...terkedek2...tak mampu berlari kearah yang pasti...akal yang penat akan terus berfikir dimana hala dan alasan untuk berlari...berlari bukan untuk membaiki lari sebagai pengecut tanpa mampu memandang...
cahaya yang dipadamkan itu semakin suram tanpa minyak tanah yang membakar...tetapi hangatnya masih ada...kerana kesalahan itu bukan hukuman tetapi permulaan...