love

love

Jumaat, 18 Disember 2009

Hari yang mampu buat ku tersenyum...



Erm semalam g PPD klang g anto borang GSTT…tah ler dapat ker tak…aku usaha jer…huhu..g naik bus …jalan kaki…pecah lemak seminggu yg aku ternak tu..heheh…balik tu alang pulak ajak g KP adoi jauh tau jalan kaki rasa nak tercabut kaki aku yg beso ni…hahaha….pastu nasib baik ada kwn aku ajak g PAS g betolkan pc aku ikot je le…dr tak de aktiiviti….sempat gak ler g main bowling….huhuh luper nak amik pic byak2…hahaha….tak kesah ler…pastu mkn MCD….tu lg luper nak amik pic….sbb mkn burger yg sedap sangat…hahah hingga menjilat jari….hahaha ….






P/s- happy happy jugak.....aku yg happy

REZEKI ALLAH...


Nikmat ALLAH yang kita nikmati…abah yang pancing tau....tu yg saiz sedang ada beso lg...lum masak...


makan tengah hari....

P/s- makan...makan...makan...gemok..hahha

Rabu, 16 Disember 2009

20/11/2009- 27 tahun



Pada tanggal 20/11/09 merupakan tarih ulang tahun perkahwinan abah n umi..dah 27 tahun usia perkahwinan mereka….aku 26 tahun…anak sulong ar katekan..hehehe…aper pun selamat ulang tahun tuk abah & umi tercinta…semoga kekal hingga ke akhir hayat..

Mengimbas diawal perkenalan mereka dulu….27 tahun yang lepas abah n umi jumpa kat kilang BRIMAL…ala kat bt 5 jalan kapar..heheh keje kilang…sebelum abah dapat keje bomba..(masa kawen abah pas rekrut…legam)hehe…umi cerita mula2 dia tak suke sgt kat abah ni…abah supervisor yg garang…umi penah kene marah ler tu…hehe sampai ada kwn umi ckp…abah tu bapak tiri umi…hehehe erm tak kesah ler per pun…janji cinta mereka bersatu….cerita selebihnyer…bia ler kami sekeluarga jer yg tahu (tau dik umi ni...mampuus)..…hahah sajer jer….

So ari tu g mkn2…dah abis mkn baru teringat nak amik pic…haha…nasib ler..heheh


P/s - luper nak g tau...makan kat pantai jeram.....masyukkkk gak...

Selasa, 15 Disember 2009

RESEPI KITA HARI INI

Pada suatu petang yang lapo…lg2 bila bgun dari tdo….heheh….aper lg wat minum petang ler..mula2 tak tau gak nak wat per….nak wat kuih yang bukan dari santan atau kepala(sebab malas nak g kopek kelapa) jadi akhirnya KUIH DONUT menjadi pilihan…hahah

Bahan-bahan
Tepung gandum –agak2 nak banyak mane
Mauripan (tak tau tanyer kedai ler)– sepeket ……dibancuh dalam cawan….1/4 jer air
Susu tepung – 3-4 sudu
Air secukupnya

Cara
Masuk kan tepung kedalam dulang( senang nak uli) …pastu masukan susu tepung….mauripan yang telah dibancuh tadi….dan letak air skit2…agak2 ar kang lembik pulak….lembik tambah tepung…hahah

Selepas tepung yang diuli telah menjadi doh yang cantik tidak melekat pada dulang dan tangan …biokan seketika…bg doh tu kembang….

Dah kembang doh?? Wah ….aper lagi uli balik…dan bentuk kan mengikut citarasa anda…heheh….tak kan nak wat donut saiz 3 segi lak…haha…..dah tu goreng ler…menggunakan minyak yang sedang2 apinya….igat jgn sampai hangus…haha

Untuk sedap lg …anda leh ler salut dengan gula halus…atau….coklat ker…ikot citarasa ler…selamat mencuba….hidangkan bersama air kopi…..masyuukkkkkk

P/s – sedap tau…hahahah cube ler….

OUT door!!!!!!



ni works the laters program yang akan datang...tag peserta n sijil penyertaan...

Isnin, 14 Disember 2009

AKTA-AKTA ASRAMA



Selagi org tu leh bace kan….selagi tu ler leh tgok senarai nama yg kena saman tu…hahaha… pada tanggal 16 nov 09 yang lalu…kecoh kwn2 ym…antaranyer seperti ni

Si M: wei ko dah tgok ker portal…ada nama naik ler …sbb denda kolej…aku rasa nama ko ada..
Si A: erm ok….nanti aku tgok (dlm hati riso gak…kang tak konvo aku ni)…hahah
Leh dikatakan semua penghuni kolej HA….yg kat tjg malim tu ym ler g tau yg aku ni kena denda..bongok pnyer kolaj….tak abis2 nak kutip wit student…

byak lg yer ym....mlz nak ulang ckp kwn2 aku....Aku pun ape lg….cpt2 ym adik (romate dulu)…suh dia g tgok pekejadahnyer semua tu…ahahha.Esoknyer dia g tau…yg kena denda pasal …Pihak kolej memaklukan bahawa rumah tersebut telah membuat kesalahan tidak mengemas bilik atau mencuci bilik @ membuang sampah….hahahahahah…..lawak tul…tp mmg kolej tu mangkuk

Last sem ari tu kita org ada pameran kat Melaka ….tarikh last kolej 2-3 ari jer dr tarikh kita org balik dr Melaka tu…tp still berkira nak suh kita org pindah blik gak…bayangkan dr blok 3 tinggkat 9 tau…g blok 1 tgkat 1….dah ler masa tu seme gila final work tak siap….sbuk printing lg….mcm2 ler…leh tak leh berkerjasama…..mmg ngok tul…huhuh

Nak dijadikan cite aku pun suh adik bayo lu…aku pun bankin ler wit….guma maybank2u lg…heheh nak panjangkan cerita …surat / kertas saman tu ler …adik pos…adik siap ckp dia org siap letak pic tu…hahaha…bahan bukti….3 mgu kemudian samapi ler surat tu…hahahaha….leh tahan gak…serabutnyer…umah 8 org gila…siapkan work….hahaha…tp atas meje jer….yg lain kemas yek ( igat aku mlz sgt ker…walaupun umah tu ada org kawen n org sbuk nak kwen tp kita org yg bujang gak kemas…dia org tak de mata hati…..)

Surat kolej tu siap ada akta lg..hahahha BAHAGIAN III TATATERTIB ASRAMA “Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau gangu”….hibattttt bukan…denda RM 10 ingget ko tau…huhuhu nasib dia org bujet ciput….pic tu itam putih…kalu tak…dah masuk dah dlm blog ni gak….hahahah….

p/s- pengajaran duk kolej baik2 yek…hahha…ala mmg kolej tu kuat cr wit…asyik denda jer..huhu….3 ½ gak aku duk ner…hahaha luv u KHAR…

MAKSUD ANGKA 1-10 YANG TERSIRAT

Sajerr nak share ....same2 ler kita bace yek....tambah p'getahuan...huhuhu
MAKSUD ANGKA 1-10 YANG TERSIRAT

ANGKA 1:
Hanya tuhan yang satu (Allah s.w.t yang maha Esa) yang wajib kita sembah.
--------------------------------------------------------------------------------
ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di hari akhirat .dapat memadamkan kepanasan api di
padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis {bertaubat kepada Allah}terutama d malam hari.
2)Darah para syuhada d medan jihad fisabilillah.
--------------------------------------------------------------------------------
ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}
2)Isteri yang solehah
3)Orang yang khusyuk di dalam sembahyangnya.
--------------------------------------------------------------------------------
ANGKA 4:
Berkata Syaidina Ali karamullahu wajhah:Barangsiapa yang d berikan kepadanya
empat perkara sesungguhnya dia telah d beri kebaikan dunia dan akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang d haramkan oleh Allah.
2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3)Malu yang meneghnya dari kejahilan org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.
--------------------------------------------------------------------------------
ANGKA 5:
Berkata seorang soleh:Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:
1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2)Kosong perut.
3)Melakukan qiamullail.
4)Memohon ampun d waktu sahur.
5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}
--------------------------------------------------------------------------------
ANGKA 6:
Enam cara2 menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada allah d mana sahaja.
2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3)Selalu berzikir dan berwirid.
4)Memperbaharui taubat.
5)Memperbnyakkan istighfar
6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah d samping asasnya ilmu yang bermanafaat.
--------------------------------------------------------------------------------
ANGKA 7:
Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum
--------------------------------------------------------------------------------
ANGKA 8:
Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)kata-kata yang manis
8)Mempertakuti bahawa ia akan lari.
--------------------------------------------------------------------------------
ANGKA 9:
Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikut:
1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)susah untuk menerima kbnaran dari orang lain
5)Ingin berlawan terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia,pangkat, dan wang ringgit
7)Pemarah
8)Ingin d hormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.
--------------------------------------------------------------------------------
ANGKA 10:
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput d dalam kubur dan mereka
akan bangun ke padang mahsyar dgan tubuh yang asal dari kubur:
1) Para nabi dan rasul
2) Para ahli jihad{mujahid}
3) Para ahli ulama
4) Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang adil
7)Muazzin
8)Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati d bunuh atau dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau d malam jumaat.

p/s - tak de kena mgena pun ngan sesaper...just bace2 n tuk diri sendiri gak..amin